Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Ditangkap Curi...

SATU rakaman video insiden seorang wanita yang ditangkap akibat mencuri di sebuah pasar raya...

Kapal Cruise Terbesar Dunia...

BARU beberapa bulan operasi, kapal pesiaran terbesar dunia, Harmony of the Seas menerima berita...

‘Sengaja Tayang Anu Ke...

“KALAU tak sengaja, takkanlah sudah empat kali lelaki sama buat macam itu,” kata...

Kerjasama Kerajaan Selangor Perlu...

SHAH ALAM - Kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor amat diperlukan bagi mengatasi masalah...

Tangani 3 Isu Dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Panjang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menangani tiga isu dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang termasuk karenah birokrasi dan pembaharuan pengawalseliaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sebagai contoh, Bank Dunia mendapati perniagaan dalam negara ini memerlukan 17 hari untuk menyelesaikan prosedur berkaitan usaha memulakan perniagaan.

“Jika dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong, ia hanya mengambil masa 1.5 hari manakala lapan hari di Korea Selatan,” katanya dalam ucaptama pada persidangan maya dan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Perbankan dan Kewangan Malaysia 2020 oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik di sini, hari ini.

Beliau berkata ketidakpadanan antara permintaan dengan penawaran tenaga kerja, pengangguran dalam kalangan belia dan lepasan pengajian tinggi serta peratusan rendah pekerja berkemahiran juga perlu diatasi.

Mustapa menekankan bahawa pergantungan besar negara kepada pekerja asing berkemahiran rendah melemahkan keupayaan ekonomi Malaysia untuk bersaing secara efektif.

Malah, kurang daripada satu pertiga pekerja tempatan adalah dalam kategori berkemahiran dan perkadaran ini hampir tidak meningkat sejak 10 tahun lepas, katanya.


“Pada 2019, pekerja bukan warganegara membentuk 32 peratus daripada jumlah pekerjaan dalam sektor pertanian; 23 peratus dalam sektor pembinaan; 22 peratus dalam sektor pembuatan dan 10 peratus dalam sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata kadar penerimagunaan teknologi yang rendah dalam kalangan syarikat khususnya perusahaan kecil dan sederhana juga perlu ditangani.

“COVID-19 telah memberi peluang kepada kita untuk membuat pembaharuan di banyak peringkat,” katanya. – BERNAMA

Kategori