Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Diskaun Tol Sempena Hari...

KUALA LUMPUR - Pengurusan Divisyen Tol IJM mengumumkan pemberian diskaun tol di tiga...

Akhirnya DAP Akur Arahan...

PUTRAJAYA - Setelah beberapa kali berdolak-dalik, DAP akhirnya akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran...

Koronavirus: Tiada Rancangan Larang...

KUALA LUMPUR - Tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat...

Buku ‘Kelakar’ Fattah Amin...

SEMAKIN dikutuk, semakin laris! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap buku 99 Kata-Kata #QalifModen...

Tanda Tanya Berhubung Pusat Sembelih Ayam

SATU rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Aktiviti itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan telah menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar premis terbabit.

“Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan,” katanya.

Haris bagaimanapun berkata berdasarkan kepada klip video berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.


“Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek kebersihan,” katanya.

Video berdurasi tiga minit 40 saat yang dikongsi di media sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.

Ia turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain. – BERNAMA

Kategori