Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penuntut Politeknik Arau Maut...

NIBONG TEBAL - Seorang pelajar Politeknik di Arau, Perlis maut selepas motosikalnya dilapor...

Kasih Sayang Bapa Sedarkan...

BEIJING - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China akhirnya sedar daripada...

Adik Ipar Nazrin, Suami...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan sepasang suami isteri...

Kertas Siasatan Kes Tahanan...

GEORGE TOWN – Kertas siasatan kes lapan anggota polis dan seorang nelayan ditahan...

Tanah Runtuh: Operasi Cari, Selamat Masuk Hari Ke-3

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini masuk hari ketiga hari ini.

Mangsa yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Yuan Kouk Wern, 27, warga tempatan dan warga Bangladesh Muhammad Monirul Islam.

Hingga 9 malam tadi, sembilan mayat sudah dikenal pasti dan dibawa keluar iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; tiga warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman Abdur; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Mayat terakhir, Rahaman ditemui dengan jarak satu meter dari mayat kelapan kira-kira 6.20 petang semalam sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada 8.38 malam.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku pada 8.57 pagi kelmarin ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalankan kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu. – BERNAMA

Kategori