Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sibu Pintu Masuk, Pusat...

SIBU - Meskipun jauh dari kawasan sempadan dengan negara lain, Sibu didapati menjadi...

Kurangkan Polemik Dan Bercakap,...

TUARAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta seluruh...

Malaysia Kutuk Serangan Di...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan...

Tema Hitam-Gold, Niena Gementar...

BAGAIKAN musim naik pelamin, seorang demi seorang selebriti tempatan telah ataupun bakal menamatkan...

Tanah Runtuh: 4 Mangsa Dikenal, Usaha Cari Digiat

Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mencari mangsa di kawasan tanah runtuh .

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan identiti tiga lagi mangsa yang tertimbus di bawah kontena dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di sini semalam sudahpun dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, maklumat kehilangan mangsa disahkan sendiri oleh ahli keluarga mereka yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, mangsa terbabit dikenali dengan nama Bakhtiar dan Subairi yang merupakan warga Indonesia serta seorang rakyat Bangladesh iaitu Mithu Hossain, 30.

“Pada masa sama, kita turut mendapat maklumat terdapat tiga mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.


“Mereka ialah warga Indonesia yang yang dikenali sebagai Shamin dan dua wanita iaitu Warkini, 36, yang sedang hamil serta Norazizah. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil,” katanya di sini awal pagi tadi.

Che Zaimani memberitahu, kejadian tersebut melibatkan sembilan buah kontena bertingkat yang dijadikan sebagai kediaman sementara pekerja kontrak terbabit. – K! ONLINE

Kategori