“Tanah Kami Hilang, Nyawa Kami Hilang”

TAMBAK Johor sudah sesak teruk berpuluh tahun.

Setiap hari 300,000 orang ulang-alik dari Johor ke Singapura.

Ramai dari mereka adalah Rakyat Malaysia yang kerja di Singapura dan ia adalah pilihan mereka untuk bekerja di sana.

Setiap hari mereka perlu ambil masa sehingga 5 jam untuk ulang-alik dari Johor ke tempat kerja di Singapura.

Hakikatnya, ramai dilaporkan hanya mampu mempunyai masa tidur sebanyak 5 atau 6 jam sehari.

Untuk selesaikan masalah ini dan meringankan beban rakyat, kerajaan BN semasa saya PM mula berunding dengan Singapura pada tahun 2010.

Akhirnya, kita berjaya menandatangani perjanjian untuk membina satu Sistem Transit Rapid Singapura-Johor Baru (RTS) serta menambah-baik sistem imigresen dan kastam.

RTS berkeupayaan membawa 10,000 penumpang sejam untuk perjalanan sehala, atau 60,000 pengguna menyeberangi Tambak Johor sejam untuk perjalanan sehala semasa waktu puncak.

RTS ini akan mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit sahaja serta akan dihubungkan dengan sistem MRT Singapura memudahkan penumpang untuk sampai ke destinasi terakhir.

RTS juga membolehkan lebih ramai warga Singapura untuk berkunjung ke Johor serta menyelesaikan masalah kesesakan teruk di Tambak Johor.

Sistem ini disasar untuk siap pada tahun 2024 dan akan dibina oleh syarikat usahasama kedua-dua negara dengan pecahan modal 50%-50% yang diberi konsesi 30 tahun.

Kita lantik syarikat Prasarana milik kerajaan negara. Singapura lantik syarikat SMRT yang juga milik kerajaan mereka.

Tetapi selepas PH mengambil alih, projek ini tidak lagi bergerak lancar.
https://www.todayonline.com/singapore/johor-baru-singapore-rts-link…

Kerajaan Singapura memberi amaran bahawa sasaran tahun 2024 tentu tidak lagi mampu dicapai.

Singapura mendedahkan punca kelewatan ini ialah kerajaan PH tidak lagi mahu memberi konsesi ini kepada syarikat Prasarana dan mahu lantik syarikat lain.

Saya bimbang satu syarikat swasta kroni akan diberi peluang oleh PH untuk mengaut untung berpuluh tahun walhal ia adalah kemudahan awam yang sepatutnya manfaatkan rakyat dan bukan kroni.

Pada masa yang sama, 1,500 penduduk di Taman Bukit Ungku Aziz (Kim Teng Park) sedang ditindas oleh kerajaan PH Johor.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/01/in-a-bind-over-land-grab-1500…

Rumah mereka dekat dengan stesen RTS tunggal di Johor Bahru.

Oleh itu, nilai tanah mereka sudah naik.

Kerajaan PH sedang merampas rumah dan tanah mereka untuk diberi kepada satu syarikat swasta.

Mereka dipaksa berpindah dan pampasan yang diberi adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Pada tahun 2015, syarikat swasta yang sama ini pernah cuba untuk mengambil alih tanah tersebut tetapi telah dihalang oleh Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad.

Kini beliau tidak lagi Ahil Parlimen dan kerajaan Johor tidak lagi di bawah BN.

Laluan kini terbuka lebar untuk PH memperkayakan kroni mereka dan rakyat yang antaranya saya pasti turut mengundi mereka, ditindas. – FB Najib Razak

Loading...