Tanah FELDA: Polis Dapati Ada Unsur Penipuan

KUALA LUMPUR- Polis dapati setelah meneliti dokumen berkaitan tanah FELDA di Jalan Semarak,Kuala Lumpur yang dipindah milik secara meragukan ada unsur untuk siasat kerana menipu dan pemalsuan dokumen.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata setakat ini pihak polis sudah mendapatkan keterangan dari lima orang saksi yang terdiri daripada pegawai Pejabat Tanah dan Galian, pegawai pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa pegawai daripada FELDA sendiri.

Menurut Noor Rashid lagi, polis akan merakam percakapan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengena0 kes itu selewat-lewatnya minggu hadapan.

Katanya, Isa akan dipanggil selepas pihaknya telah meneliti setiap dokumen berkaitan dan merekodkan keterangan daripada pengadu kes tersebut dalam masa terdekat.

Khamis lalu, FELDA dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah itu, termasuk membuat laporan polis pada 12 Disember lalu.-MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...