Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Petrol, Diesel Luar...

KUANTAN - Smart Stream Resources Sdn. Bhd. (Smart Stream), syarikat pembekal minyak petrol...

Qari Kelantan, Qariah Perak...

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari...

Sufian Suhaimi Ambil Anak...

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang.Kemunculan mereka dalam hidup sudah...

Mekanisme Bantuan Modal Mula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan modal memulakan semula perniagaan kepada...

Tan Sri Jins Shamsuddin Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah seniman legenda Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Al-Ridhuan di Hulu Klang kira-kira 9.30 pagi sebelum disolat dan dikebumikan kira-kira 10.30 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan apabila lebih ratusan anggota keluarga, rakan artis dan penggiat seni tanah air memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bercerita mengenai arwah, anakanda Allahyarham, Putera Hang Jebat, 30, menyifatkan arwah seorang bapa yang tegas dan berdisiplin dalam mendidik anak-anaknya.

“Dia (arwah bapa) mengambil berat dan serius dalam hal-hal melibatkan pelajaran kami. Setegas-tegas dia pada kami, namun dia seorang yang penyayang,” katanya yang ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang, di sini.

Putera Hang Jebat turut berkongsi pesanan Allahyarham bapanya yang berharap lebih ramai artis tempatan melanjutkan pengajian dalam bidang seni bagi mendorong industri seni tempatan ke tahap yang lebih baik.

“Beliau mahu artis tempatan berpengetahuan tinggi dan luas,” katanya yang menyifatkan mereka wajar mencontohi Allahyarham yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Phd).

Sementara itu, pelakon, Zul Ariffin, 31, menyifatkan kematian Jins Shamsuddin sebagai kehilangan besar khususnya dalam industri perfileman tanah air.

“Saya banyak belajar ilmu lakonan daripada arwah walaupun saya tidak pernah berlakon dengan dia.


“Allahyarham merupakan mentor saya dan kehilangan dia merupakan kehilangan besar dalam dunia lakonan,” katanya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri.

Semalam, seniman veteran Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia ketika hendak mendapat rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati di sini.

Jins Shamsuddin atau nama sebenar Mohamed Jins bin Shamsuddin, diberi penghormatan tinggi oleh kerajaan apabila beliau dilantik menjadi Senator, selama dua penggal mulai 2004 hingga 2011, sebagai mewakili komuniti perfileman serta menjadi pelakon filem yang pertama mendapat status tersebut.

Selain itu, Allahyarham yang dilahirkan di Taiping, Perak, turut dianugerah gelaran Seniman Negara oleh kerajaan pada 2009 atas sumbangannya pada kemajuan industri filem negara.

Jins Shamsuddin meninggalkan seorang balu iaitu Puan Sri Halijah Abdullah dan tiga putera iaitu Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. – BERNAMA

Kategori