Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengantin Dirogol Suami Sekeluarga...

SEORANG wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada...

Robot Star Wars Dilelong...

LOS ANGELES - Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star...

90,000 Orang Dijangkiti Koronavirus...

BEIJING - Seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital di Wuhan mendakwa jumlah...

Jangan Terpedaya Dengan Gambar...

Waspada apabila anda membeli-belah di dalam talian, kerana apa yang anda lihat tidak...

Tambang Tren, Bas Percuma Jika Udara Teruk Di Seoul

SEOUL – Mutu udara di ibu negara Korea Selatan yang buruk memaksa pihak berkuasa bandar raya terbesar negara itu untuk melancarkan program pengangkutan awam dengan tambang percuma.

Justeru pihak Kerajaan Metropolitan Seoul memansuhkan tambang perjalanan untuk menggalakkan lebih ramai penduduk menaiki kereta api dan bas awam sepanjang hari sekiranya kualiti udara di bandar raya itu merosot.

Ini sebagai usaha meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama berbanding kenderaan persendirian sekali gus mengurangkan pengeluaran gas karbon toksik di udara.

Malahan ia adalah sebahagian daripada langkah proaktif yang pernah diumumkan pihak berkuasa Seoul sejak Julai tahun lalu untuk menangani kadar pencemaran udara daripada asap dikeluarkan jutaan ekzos kereta setiap hari.

Program itu menelan belanja lebih 4.8 bilion won (RM18 juta) sehari tetapi sepanjang tahun lalu, hanya tujuh hari sahaja ia dilaksanakan ekoran tahap mutu udara pernah direkodkan mencecah 50 mikrogram per kubik meter.

Bagaimanapun ramai pengkritik tempatan tidak yakin langkah itu berkesan apabila pihak kerajaan pula terpaksa menanggung 22 bilion won (RM92 juta) tahun lalu bagi membiayai pengangkutan awam secara percuma


Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon ketika mengulas isu itu namun memberi jaminan bahawa nilai wang tersebut tidak boleh menggantikan nyawa manusia yang terjejas termasuk kerugian penjagaan kesihatan dan insurans.

Kerajaan Seoul berharap peningkatan sekitar 20 peratus bilangan pengguna pengangkutan awam. Selain itu, mereka turut membekalkan alat pembersih udara di hampir 7,000 taska dan mengedarkan puluhan juta topeng muka.

Pihak berkuasa juga merancang untuk menjadikan 17 kilometer persegi dalam pusat bandar Seoul sebagai zon bebas kereta yang menggunakan enjin pelepasan asap tinggi termasuk hukuman berat jika ceroboh kawasan dtetapkan.

Lebih 14,000 maut di Korea Selatan akibat pencemaran udara dan menduduki tempat kelapan dalam senarai negara teruk Indeks Mutu Udara. India dan Bangladesh masing-masing pertama dan kedua. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori