Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Larangan Kenderaan Berat Di...

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu...

Perkhidmatan Qatar Airways Berjalan...

DOHA - Perkhidmatan Qatar Airways tetap berjalan lancar dengan sebahagian besar penerbangan beroperasi...

Izreen Azminda Mahu Layanan...

PELAKON Izreen Azminda memberitahu ramai lelaki tidak berani mendekatinya untuk menjalin hubungan yang...

PM Ucap Tahniah Sempena...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun...

Tambah Pusat, Saluran Mengundi Jika PRU15 Diadakan – SPR

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan saluran mengundi bagi menggalakkan rakyat supaya keluar mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam suasana kebiasaan baharu berikutan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya, berkata perkara itu akan dilaksanakan bagi mengatasi kebimbangan dalam kalangan pengundi berikutan pandemik COVID-19 yang dilihat belum berakhir.

“SPR sudah mempunyai perancangan untuk menggalakkan pengundi turun mengundi.

“Penambahan pusat daerah mengundi dan saluran mengundi akan membantu percepatkan proses mengundi (selesai awal) selain memberi jaminan kepada pengundi agar keluar mengundi dengan selamat,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab ketika soalan tambahan Senator Idris Ahmad mengenai usaha kerajaan bagi menambah keyakinan pengundi untuk keluar mengundi sekiranya pilihan raya umum dilaksanakan walaupun pandemik COVID-19 belum berakhir. 


Terdahulu ketika menjawab soalan asal Idris mengenai tahap kesiapsiagaan SPR melaksanakan PRU dalam suasana kebiasaan baharu, Shabudin berkata prosedur operasi standard (SOP) PRU dalam pencegahan pandemik COVID-19 telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Garis panduan pencegahan COVID-19 itu disesuaikan dengan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan telah diguna pakai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, PRK DUN Slim serta Pilihan Raya Negeri Sabah,” kata Shabudin. – BERNAMA

Kategori