Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

2,375 Kes Baru, Tiga...

Sebanyak 2,375 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,813,702.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Video: Lelaki Gosok Kemaluan...

KUCHING - Seorang lelaki tidak siuman bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan 'burungnya'...

Warga Emas Ditemukan Mati...

REMBAU – Seorang lelaki warga emas ditemukan mati tergantung di dalam sebuah bilik...

Hari Kopi Vietnam Pertama...

HANOI - Buat julung kalinya, Hari Kopi Vietnam akan diadakan di dataran tinggi...

Mahathir Beri Gambaran Lagi Banyak Kategori Kena SST

PETALING JAYA – Kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengenai penambahbaikan cukai SST memberi gambaran lebih banyak kategori barang atau perkhidmatan akan dikenakan cukai, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata ini bukan kali pertama gabungan pemerintah, Pakatan Harapan melakukannya supaya hasil SST akan lebih tinggi daripada hasil GST.

Beliau berkata selepas SST bermula pada 1 Sept 2018, kastam pada 31 Dis tahun sama “secara senyap-senyap” umumkan empat lagi kategori akan termasuk dalam cukai SST, berkuatkuasa 1 Mac tahun ini.

Ia membabitkan perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar.

“Akibatnya, kanak-kanak ke taman tema, mereka yang basuh baju di dobi, mereka yang pergi kursus atau tuisyen dan mereka yang beli saham dan banyak servis lain lagi dikenakan cukai,” kata Najib di Facebook hari ini.

Perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini yakin pulangan cukai melalui SST akan melebihi jumlah kutipan GST pada masa depan apabila ianya diurus dengan baik dan selepas pelaksanaannya ditambah baik.


Najib bagaimana berkata kenyataan itu jelas menunjukkan matlamat kerajaan.

“Mereka mahu rakyat membayar lagi banyak cukai dalam bentuk SST berbanding GST,” katanya.

“Ini tak penting kerana selama nilai cukai dibayar tak nampak dalam resit dan cukai itu tak telus, ‘raykat’ tetap gembira,” tambahnya. – FMT

Kategori