Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengasas Dnars Skincare Maut...

TUMPAT - Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan...

Kejam.. Tak Disembelih, Lembu...

CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil...

4 Individu Terlibat Kes...

SEREMBAN - Empat individu masing-masing tiga juruteknik dan seorang penjawat awam direman tujuh...

Pasar Raya Di Pontian...

TIDAK sampai 24 jam Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan Yang di-Pertuan Agong, penduduk...

Takutkan Islamisasi Punca Tulisan Jawi Ditolak – Dong Zong

KUALA LUMPUR – Dong Zong berkata pendokong sekolah jenis kebangsaan (SJK) menolak pengenalan tulisan Jawi disebabkan “fear factor” atau ketakutan yang dimiliki mereka.

Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng berkata komuniti itu khuatir pengenalan jawi mempunyai unsur Islamisasi yang berupaya mempengaruhi pelajarnya.

“Buku sejarah (di sekolah) jelas menyatakan seni khat itu representasi Islam.

“Jadi, tak boleh salahkan mereka. Mereka dah didengar begini,” katanya pada ‘Forum Jawi, Saling Memahami’ di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ng berkata jika kongres bantahan pelaksanaan tulisan Jawi pada 28 Disember ini tidak dijalankan dengan baik, dikhuatiri pendokong SJK Cina mahupun Tamil akan berasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, Ng menegaskan ia bukanlah kongres ataupun himpunan, sebaliknya satu pertemuan tertutup dengan beberapa pihak yang sudah diundang.

Sesi forum yang bermula jam 8.00 malam tadi turut dihadiri panel dari Kementerian Pendidikan iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Habibah Abdul Rahim; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Faisal Aziz; Timbalan Presiden Ikram, Badlishah Sham; Presiden Tamil Foundatin, K Arumungam dan wakil KLSCAH, Isabella Pek.

Ia dianjurkan di sebalik konflik isu bantahan tulisan Jawi yang dilihat menghangatkan suasana kaum dan politik negara.

Mengulas lanjut, Ng mengakui pernah mempelajari tulisan itu di era 60-an. Katanya, dia masih berupaya mengenali dan menulis tulisan itu.


“Ianya satu pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 200 hadirin.

Terdahulu, Dong Zong dilaporkan akan menganjurkan kongres pada 28 Dis bagi membantah pengenalan pembelajaran tulisan Jawi kerana didakwa bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Sementara itu, Habibah dalam ucapan balas kepada Ng, mengakui kerisauan yang timbul terhadap pengenalan tulisan itu adalah sama ada tulisan itu akan menukar agama seseorang.

Namun, katanya, ia diperkenalkan untuk menghargai seni dan warisan bahasa kebangsaan.

Habibah berkata, apabila mempelajari sesuatu bahasa, pelajar akan terdedah dengan aspek keseniannya seperti pantun, sajak, puisi dan lagu.

“Ini bukan satu perkara yang unik bagi bahasa Melayu tapi boleh juga dilihat dalam kurikulum kita ada bahasa Jepun dan Korea.

“Dan mereka ada kaligrafi masing-masing. Pelajar akan berasa seronok kerana boleh belajar seni, warisan dan sejarah yang boleh buat dalam 2 tulisan rumi dan jawi.” – FMT

Kategori