Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Lelaki Warga Nigeria...

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki warga Nigeria maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran...

Joi 8: Tablet Windows...

Syarikat tempatan, SNS Network dan Intel Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan salah satu tablet...

India Kenakan 40 Peratus...

NEW DELHI - Pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport...

LGBT: Kerajaan, Menteri Wajar...

RAKYAT dan lain-lain makhluk tukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat...

Takut, Sedih, Tertekan Antara Emosi Rakyat Ketika PKP

PERASAAN cemas, sedih, takut dan tertekan antara emosi yang diluahkan kepada Befrienders Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Eksekutifnya, Kenny Lim yang mendedahkan perkara berkata, ada juga panggilan yang diterima berkenaan masalah kewangan, hubungan antara individu serta keluarga.

“Penerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza. Ada individu yang normal boleh menempuhi PKP seperti biasa, tetapi ada antara individu yang mempunyai masalah tersendiri.

“Ada individu yang terkesan dengan PKP. Ada individu yang tertekan tidak dapat keluar rumah, mereka rasa tertekan bila kena duduk dalam rumah dalam waktu lama bersama keluarga. “Ini antara punca pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan keluarga,” katanya kepada Bernama.

Lim berkata, Befrienders Kuala Lumpur, yang beroperasi 24 jam adalah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan, menerima lebih 70 panggilan setiap hari sepanjang PKP.

“Kami ada 110 sukarelawan yang sedia membantu. Kalau ada individu yang mempunyai masalah emosi dan memerlukan sokongan, Befrienders adalah tempat selamat untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa rasa takut akan dihakimi.

“Mereka boleh cerita apa sahaja dan kami akan jaga kerahsiaan mereka,” katanya.

Lim berkata, kebanyakan pemanggil akan rasa lega dan kembali normal selepas meluahkan perasaan mereka.

“Ramai yang berterima kasih kepada kami kerana sekurang-kurangnya mereka rasa masih ada lagi orang yang boleh beri mereka masa dan peluang serta sokongan,” katanya.


Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi MyCareCov19 yang baru sahaja ditubuhkan 13 April lalu, menerima hampir 700 panggilan hingga Rabu lalu daripada individu yang mempunyai masalah berkaitan keluarga dan kemasyarakatan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata selain menerima panggilan terutama dalam isu nikah, cerai dan rujuk serta masalah keluarga, pihaknya juga turut membantu individu yang terputus bekalan makanan dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Apa yang membezakan MyCareCov19 dengan talian lain ialah kita turut menghubungi kumpulan sasaran terpilih dalam kalangan ibu tunggal dan penduduk di PPR (Projek Perumahan Rakyat).

“Kami akan menyantuni serta bertanya khabar kerana ada antara mereka yang terputus sumber pendapatan ketika PKP ini.

“Biasa kita dapat panggilan ketika PKP ini berkenaan isu nikah iaitu ada yang ingin bernikah dan ada juga isu lafaz cerai yang mana ada pasangan bergaduh hingga melafazkan talak. Kita akan memberi khidmat nasihat dengan membantu dan bimbing mereka yang bermasalah mencari jalan penyelesaian,” katanya yang turut menerima panggilan daripada orang bukan Islam.

Mohd Izwan berkata, seramai lapan petugas Bilik Gerakan MyCareCov19 dan 20 kaunselor terbabit dalam membantu memberi khidmat kepada individu yang membuat panggilan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.

“Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Bilik Gerakan MyCareCov19 melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau menghantar e-mel di alamat [email protected],” katanya.

Kategori