Takut Kena Saman, Pian Kpop Minta Maaf Pada Sajat

SEBAB tu pepatah ada berkata, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata… Saman makan dia.

Apabila sudah kena ugut, baru lah nak menyesal atas silap sendiri yang terang-terang memang boleh buatkan orang lain marah.

Rabu lepas, pengasas kosmetik Nur Sajat telah mengamuk kerana gambar kedua-dua anak angkatnya telah menjadi bahan lawak kepada seorang ‘pelawak’ iaitu Pian Kpop.

Baca: Sajat Mengamuk Gambar Anak Angkat Diejek

Hari ini pula, Pian atau nama sebenarnya Sufian Muhammad, secara terbuka telah memohon maaf kepada Sajat menerusi posting gambar terbaharunya di akaun Instagram miliknya.

Alahai dah kena ugut nak saman, mesti lah minta maaf kan?

Didalam videonya itu jelas menggambarkan bahawa dia rasa serba salah diatas tindakannya dengan meletakkan gambar mukanya di wajah anak angkat Sajat tu. Sampai menangis Pian dekat dalam video tu.

“Pian tujukan mesej ni pada akak Sajat. Pian mintak maaf sebab Pian dah keterlaluan dan Pian mengaku Pian bersalah.

“Pian harap akak Sajat jangan lah saman Pian, artis Kpop. Kalau akak Sajat saman Pian, tak ada dah artis Kpop No.1 Malaysia yang menapak dari Kelantan ni,” sempat lagi Pian bergurau dalam tengah minta maaf tu.

Namun, masih ada yang tidak berpuas hati dengan video Pian itu. Malah ada yang mengatakan bahawa Pian tak ikhlas minta maaf dan seakan-akan mngejek Sajat dengan gelaran ‘akak’. Tapi betul lah tu, Sajat kan perempuan?

“Pian nak perhatian daripada akak Sajat je. Bukan apa, orang lain tak nak bagi perhatian dekat Pian. Pian minta maaf sangat sangat dekat akak Sajat,” tambah Pian lagi di akhir video.

Macam-macam komen netizen yang anda boleh jumpa dekat situ. Ada yang sokong perbuatan Pian kerana merendah diri dengan meminta maaf pada Sajat. Tapi dalam ada yang memuji tu, masih ada yang dengki.

 

Netizen ni suka tambah perasa bagi benda jadi lagi ‘sedap’ kan. Apa lah salahnya kalau netizen cakap yang baik-baik je. Ini, tak sudah nak menghina.

Orang dah minta maaf pun masih lagi nak menghina. Tapi yang menghina tu takkan buka mulut kalau tak ada sebab kan? Harapnya lepas ni dah tak ada lah ‘lawak’ macam ni lagi. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...