Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Salleh Said, Pandikar Amin...

KOTA KINABALU - Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan...

Lelaki Maut Kereta Terhumban...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas PROTON Iswara dipandunya terbabas sebelum terhumban...

Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan

JASIN - Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja...

Pastor Raymond Dilarikan Bukannya...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kehilangan Pastor Raymond Koh Keng...

Takut Kalah, PH Dalih Marah Mengundi Hari Rabu

AKHIRNYA saat yang ditunggu oleh semua pihak, iaitu pengumuman rasmi tarikh penamaan calon dan pengundian untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, telah pun tiba.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sidang media di Putrajaya hari ini memaklumkan bahawa penamaan calon ditetapkan pada 28 April 2018 manakala pengundian untuk PRU ke-14 ialah 9 Mei 2018.

Lanjutan pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRU ini, ramailah yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana tempoh berkempen yang didakwa pendek, iaitu selama 11 hari.

Juga kerana konon tarikh pengundian dibuat pada hari bekerja, iaitu Rabu. Saya bukanlah apologis untuk SPR, malah saya juga akan lebih gembira jika tempoh berkempen dijadikan lebih panjang.

Apatah lagi hari pengundian dibuat pada hujung minggu bagi membolehkan ruang demokrasi dapat dinikmati dengan lebih meluas oleh semua pihak terlibat sama ada penyokong kerajaan dan pembangkang.

Namun, jika SPR zaman sekarang mahu dikatakan sebagai tidak adil, maka berdasarkan rekod sejarah, SPR zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri adalah lebih tidak adil berbanding era hari ini.

Ini kerana tempoh berkempen yang ditetapkan oleh SPR ketika zaman Mahathir adalah lebih pendek berbanding tempoh berkempen yang ditetapkan oleh pihak SPR pada zaman sekarang:

(1) PRU ke-7 hanyalah 10 hari sahaja = penamaan calon 24 Julai 1986 dan pengundian 3 Ogos 1986.

(2) PRU ke-8 hanyalah 10 hari sahaja = penamaan calon 11 Oktober 1990 dan pengundian 21 Oktober 1990.

(3) PRU ke-9 hanyalah 10 hari sahaja = penamaan calon 15 April 1995 dan pengundian 25 April 1995.

(4) PRU ke-10 hanyalah 9 hari sahaja = penamaan calon 20 November 1999 dan pengundian 29 November 1999.


Begitu juga dengan banyak tarikh pengundian yang ditetapkan oleh pihak SPR ketika zaman Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun adalah turut dibuat pada hari ramai sedang penat bekerja, di mana:

(1) PRU ke-6 adalah 22 April 1982, iaitu Hari Khamis.

(2) PRU ke-9 adalah 25 April 1995, iaitu Hari Selasa.

(3) PRU ke-10 adalah 29 November 1999, iaitu Hari Isnin.

Lagi pula, jika benar bahawa konon gelombang atau tsunami Melayu untuk menukar kerajaan adalah benar-benar kuat seperti yang didakwa PH, apalah sangat masalahnya dengan tempoh berkempen yang selama 11 hari.

Juga kenapa bimbang dengan pengundian yang dibuat pada hari bekerja, iaitu Rabu, ini? Bukankah sebelum ini pun PH sudah bertahun-tahun kempen politik dibuat setiap masa tanpa henti, apakah itu pun tidak cukup lagi?

Jika sudah ditakdirkan anda menang, maka akan menanglah anda walau apa sahaja halangan yang menanti. Tetapi jika anda memang pun tidak yakin akan menang, maka bertambah lagilah alasan yang anda mahu cari.

*Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Kategori