Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BR1M, Usaha Ikhlas Bantu...

SANDAKAN - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan usaha ikhlas kerajaan membantu meringankan beban...

Jho Low Dapat Suaka,...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low,...

Lawak! Pengantin Terima Hadiah...

BIASANYA jika kita perlu menghadiri majlis perkahwinan, pasti akan terlintas di fikiran apakah...

Keputusan Subsidi Petrol Bersasar...

KOTA KINABALU - Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang dijanjikan...

Taktik Notis Guna Nama TNB Untuk Rompak Dijawab

KECOH menerusi laman sosial apabila satu notis yang menggunakan nama dan lambang Tenaga Nasional Berhad (TNB) konon dijadikan pula sebagai modus operandi baharu oleh perompak.

Dakwaan sensasi tersebut tersebar melalui media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan netizen yang mungkin khuatir mereka boleh menjadi mangsa samun seterusnya.

TNB dalam kenyataan media bagaimanapun menjelaskan kekeliruan mengenai notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ yang dikongsi di media sosial, dikatakan disalah guna untuk merompak.

Dalam kenyataan itu, TNB menafikan ‘posting’ menerusi media sosial sebagai notis palsu oleh pihak tertentu bagi tujuan rompakan malah mengesahkan ia memang dikeluarkan pekerja TNB.

Notis Guna Nama TNB Untuk Rompak
Gambar ini dimuat naik dalam akaun Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia, dua hari lalu.

Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Pengguna, Bahagian Pembahagiaan TNB, Kamaliah Abdul Kadir berkata, notis tersebut memang dikeluarkan oleh petugas Unit Perjangkaan TNB Kuala Lumpur sebagai prosedur biasa.

“Ia akan dikeluarkan apabila warga kerja berkenaan tidak dapat mengakses meter bil disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau pelbagai halangan lain,” katanya.


Susulan itu, pengguna dinasihatkan agar tidak berkongsi ‘posting‘ tersebut kerana ia menyebabkan gangguan kepada pegawai yang kebetulan namanya tertera pada notis apabila disalah anggap sebagai penjenayah.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan di talian 1300885454 atau pejabat TNB berdekatan sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori