Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Projek Kontroversi Tambak Laut...

PULAU PINANG - Projek kontroversi tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan...

Gembira PAS Tak Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan menyambut baik pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan...

Pemandu Maut Kenderaan 4×4...

TAPAH : Seorang pemandu maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) merempuh belakang...

Mia Sara Nasuha Semakin...

INGAT lagi pada kanak-kanak comel yang berlakon menjadi watak anak kepada Lisa Surihani...

Tak Yakin Mahathir, Pelabur Asing Keluar RM2.5 Bilion

PANIK… Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah bertindak menarik keluar ekuiti tempatan bernilai RM2.48 bilion pada minggu lepas.

Menurut MIDF Research, ia merupakan aliran keluar dana ekuiti tempatan terbesar sejak minggu akhir 23 Ogos 2013 deĀ­ngan nilai aliran keluar ketika itu bernilai RM2.90 bilion, lapor media tempatan semalam.

Hari dagangan pertama di Bursa Malaysia selepas PRU menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta, namun nilai dagangan pada hari tersebut adalah tertinggi yang pernah direkodkan iaitu RM7.30 bilion.

Bagaimanapun jualan asing pada hari Selasa minggu lalu terus menyusut lagi sebanyak RM837.3 juta, angka yang paling besar hanya dalam tempoh satu hari sejak rekod terakhir dicatatkan sekitar awal Februari 2018 lepas.

ā€œPelabur antarabangsa kekal dalam mod ā€˜jualā€™ pada minggu PRU14 yang lalu selepas Bursa Malaysia hanya beroperasi pada Isnin dan Selasa.Ā Data awal diperoleh mendapati jumlah bersih ditarik keluar oleh pelabur asing.

“Ia dicatatkan selama dua hari dagangan berturut-turut tersebut yang berjumlah RM504.8 juta, melebihi daripada RM438.4 juta pada minggu sebelumnya,ā€ katanya dalam nota kajian diterbitkan di ibu negara semalam.

Pada Rabu minggu lalu, aliran keluar asing meruncing kepada RM320.7 juta apabila pelabur menyambut baik pembaharuan pasca PRU termasuk pengumuman pengurangan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ini menyaksikan kadar enam peratus diturunkan kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun selain pengampunan diraja yang diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

FBM KLCI kemudian meĀ­lonjak 0.54 peratus lebih tinggi dalam tempoh dagangan lapan hari kepada 1,858 mata berikutan aktiviti pembelian oleh peruncit dan peningkatan keyakinan dana tempatan yang berterusan.

ā€œBerikutan tekanan jualan yang sengit, jumlah aliran maĀ­suk dana bersih terkumpul ke Malaysia telah berkurangan kepada RM40.2 juta, berbanding RM2.52 bilion sebelum PRU ke-14 berlangsung pada 9 Mei lalu.


ā€œKami bagaimanapun yakin dan berhati-hati bahawa angka ini dapat meningkat secara beransur-ansur selepas keadaan politik kembali stabil,ā€ katanya.

MIDF Research juga berkata, walaupun negara mencatatkan aliran keluar mingguan terbesar dalam kalangan empat pasaran ASEAN minggu lalu, Malaysia masih menjadi penerima utama aliran masuk asing.

Katanya, penyertaan asing kekal kukuh kerana nilai dagaĀ­ngan harian purata asing (ADTV) meningkat hampir 100 peratus kepada RM2.39 bilion, tertinggi dalam 24 minggu.

ā€œBegitu juga dengan penyertaan dalam pasaran runcit dan insĀ­titusi adalah mantap kerana ADTV mereka mencapai tahap yang tidak dilihat dalam tempoh 18 minggu,ā€ katanya.

Felda Global Ventures Bhd. menyaksikan aliran keĀ­luar wang bersih terbesar sebanyak RM14.52 juta minggu lepas diikuti Petronas Dagangan Bhd. dengan aliran keluar bersih kedua terbesar berĀ­jumlah RM13.12 juta.

MaĀ­naĀ­kala firma rangkaian pusat perubatan ternama, IHH Healthcare Bhd. mencatatkan aliran keluar bersih ketiga terbesar sebanyak RM12.16 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori