Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Israel Dijilat Api, Netanyahu...

TEL AVIV - Rejim Israel terpaksa 'tebal muka' meminta bantuan negara jiran untuk...

5 Kenderaan Terbalik, Trafik...

GOMBAK – Aliran trafik sesak apabila berlaku kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di...

Wabak Koronavirus Di Malaysia...

KLANG - Kerajaan belum ada perancangan untuk mengenakan larangan terhadap pelancong China terutama...

Kerajaan PH Ambil Jalan...

KUALA LUMPUR – UMNO beranggapan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai ahli yang...

Tak Tahan Wajah Hodoh, Pelajar Belajar Bersolek

SEORANG lelaki berusia 18 tahun berkongsi kisah transformasi fizikalnya yang mengagumkan untuk memberi ilham kepada remaja lain yang menganggap diri mereka hodoh.

Dia mahu golongan seperti itu menjaga penampilan diri dan tidak malu untuk bersolek bagi memperbaiki penampilan mereka.

Ramai menganggap keperibadian seseorang lebih penting dari penampilan fizikal, tetapi dia cuba memberitahu, bagi seorang pelajar sekolah menengah, hakikatnya dia sering ditertawakan kerana jerawat, cermin mata tebal dan fesyen yang buruk.

Baru-baru ini dia berkongsi butiran transformasinya di internet dengan harapan untuk memberi inspirasi kepada lelaki hodoh lain untuk mereka kelihatan lebih menarik.

Menurut remaja berkenaan, yang tidak berkongsi nama sebenarnya dalam artikel yang dimuat naik di platform blog China, Dcard, dia bukanlah lelaki paling popular di sekolah menengah.

Dia tidak pernah berani mendekati mana-mana gadis comel di sekolah kerana takut mereka akan mentertawakannya, tidak pernah keluar dengan rakan sebaya dan kurang keyakinan diri.

Tetapi dia tidak pernah mempertimbangkan idea untuk mengubah penampilannya, sehingga suatu hari dia tidak tahan lagi menanggung malu.

Segalanya bermula tahun lepas ketika beg seorang gadis di kelasnya terjatuh, lalu dia tunduk untuk mengambilnya, tetapi tidak menerima ucapan terima kasih, sebaliknya dihina.

“Kamu memalukan saya, kamu bukan XXX (istilah yang digunakan untuk menggambarkan lelaki kacak),” kata remaja itu, mengimbas hinaan gadis tersebut.

Dia yang berasa marah dan malu nekad ingin mengubah penampilannya.

Pada musim panas selepas menamatkan pengajian sekolah tinggi, remaja itu berazam untuk dirinya tidak lagi menerima layanan yang sama di kolej, jadi dia nekad melakukan beberapa perubahan drastik.

Dia mula diet, membeli pakaian dengan fesyen terbaharu dan mula menonton tutorial solekan gaya Korea di internet.

Dia mencuba pelbagai concealer, krim asas dan menyedari beberapa hasil yang luar biasa.

Apabila menggunakannya solekan ia mengubah dirinya sepenuhnya.


Untuk menjadikan dirinya nampak seperti lelaki kacak Korea, dia menukar fesyen cermin matanya dan kadang-kadang memakai kanta lekap.

Dia juga menindik telinga, mewarnakan rambut dan memotong rambut dengan gaya yang lebih menawan.

Apabila dia mula menunjukkan gambar penampilan terbaharunya di media sosial, ramai rakan sekolahnya terkejut dan seorang gadis berkata ‘kamu akhirnya berubah dari itik hodoh kepada angsa’.

Apabila dia masuk ke kolej, ramai menganggap dia adalah lelaki Korea dan mendapat pujian.

Dia terlalu banyak diberikan perhatian, sehingga berasa dirinya seperti seorang putera.

‘Itik hodoh bertukar angsa’ menamatkan ceritanya dengan kata-kata dorongan untuk lelaki yang mempunyai masalah sama dengannya.

“Saya mahu menarik perhatian lelaki yang selalu dikritik dan ditertawakan kerana fizikal mereka,” kata remaja itu.

“Kita tidak hodoh, kita hanya perlu belajar memperbaiki diri. Setiap kali kamu rasa rendah diri, lebih baik habiskan masa untuk belajar bagaimana menjaga penampilan diri.

“Budak lelaki, jangan tolak solekan, jangan fikir bahawa solekan hanya alat untuk perempuan. Masa berubah dan kita perlu bersaing! Tengok saya, ini adalah perbezaan antara saya pada usia 17 tahun dan hanya beberapa bulan kemudian.

“Saya tahu masih banyak yang perlu diperbaiki, tapi lihat gambar ini, siapa yang anda lebih suka, yang baharu atau yang lama?”

Kita mungkin telah melihat beberapa transformasi fizikal yang melampau tetapi apa yang membezakan lelaki ini dengan yang lain adalah remaja ini tidak melakukan pembedahan plastik.

Sebaliknya, dia mula memberi perhatian terhadap penampilan diri dan belajar mekap untuk meningkatkan ciri semula jadinya dan menyembunyikan mana-mana kekurangan. – oddity

Kategori