Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Jahatnya Kerajaan…” – PAN...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ramai kanak-kanak kecil yang...

‘Adik Kata Terpelanting, Ramai...

MUAR - Abang mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah...

Lebih 6,000 Klinik Tawar...

KUALA LUMPUR - Lebih 6,000 klinik di bawah Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)...

Sakit Saraf Lydiawati Angkara...

PETALING JAYA - Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik...

Tak Sokong Azmin Selangor Bakal Rugi RM2 Bilion?

KUALA LUMPUR – “Siapa saya sokong adalah hak saya.”

Itu kenyataan tegas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditujukan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginya, Mohamed Azmin tidak sepatutnya mendesak beliau menyatakan pihak mana yang beliau akan sokong dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, katanya, yang jelas adalah beliau tidak akan sama sekali menyokong Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

“Saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam penyusunan semula industri air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Mohamed Azmin mendesak Abdul Khalid menyatakan pendirian tentang parti mana yang beliau akan sokong dalam PRU14.

Ia berikutan Abdul Khalid secara terbuka menyatakan akan membantu kempen PAS dalam PRU akan datang, tetapi pernah juga menyatakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO.

Abdul Khalid merupakan pemimpin PKR pertama yang dilantik menjadi Menteri Besar Selangor selepas parti itu memenangi Selangor.pada PRU tahun 2008.

Beliau digulingkan pada tahun 2014 oleh PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Misi Langkah Kajang yang digerakkan oleh Rafizi Ramli bagi memenuhi permintaan Anwar itu dibantah oleh PAS, namun tetap berjaya dengan bantuan DAP.

PAS membantah kerana ia amalan yang tidak sihat, pengkhianatan dan kezaliman sekaligus menjadi pemangkin kepada perbalahan dengan DAP dan PKR.

Hasrat Anwar melihat isterinya menjadi Menteri Besar Selangor namun tidak kesampaian kerana gagal mendapat perkenan Sultan Selangor.


Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Itupun selepas PKR dititah mengemukakan calon lain dan PKR terpaksa menyenaraikah Mohamed Azmin sebagai calon alternatif.

Abdul Khalid sebelum ini pernah meminta Mohamed Azmin tidak mengkhianati rakyat Selangor dalam isu pembayaran ekuiti kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Tegas beliau, sebarang usaha kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin untuk membayar lebih daripada Perjanjian Utama pada 12 September 2014 merupakan satu pengkhianatan.

Abdul Khalid malah ketika itu membidas Mohamed Azmin kerana menggunakan kepakaran politiknya untuk mengalihkan fokus rakyat daripada isu tersebut.

Ia apabila Mohamed Azmin mendakwa Abdul Khalid pernah juga membuat tawaran pengambilalihan ekuiti SPLASH melebihi RM2.9 billon sewaktu menjadi Menteri Besar.

“Kami (kerajaan Selangor sebelum Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar) tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin.

“Dalam tawaran terakhir (kepada Splash), kami merasakan tawaran yang berpatutan adalah sebanyak RM250.6 juta bagi bayaran ekuiti serta tujuan menanggung hutang yang berjumlah RM1.564 bilion,” jelas Abdul Khalid. – MYNEWSHUB.CC

Kategori