Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Program Berkesan ‘Perangi’ Isu...

MELAKA - Program secara terus bagi ‘memerangi’ isu kos sara hidup yang dilaksana...

Sebanyak 27 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)...

Gambar: Padah Parkir ‘Block’...

GARA-GARA berang dengan kenderaan yang diparkir hingga mengganggu lalu lintas dan menghalang laluannya, seorang...

Obama Pemimpin Paling Popular...

LONDON - Presiden Amerika Syarkat (AS), Barack Obama terpilih sebagai pemimpin paling popular...

Tak Sedar Sebenarnya 4 Tahun ‘Bersuamikan’ Wanita

BAYANGKAN, hampir empat tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tiba-tiba mengetahui si suami rupa-rupanya seorang perempuan!

Begitulah yang terjadi kepada dua wanita malang, Kamini dan Nisha yang tinggal bersama ‘suaminya’ di daerah Nainital, Uttarakhand, India.

Tidak setakat itu, salah seorang daripadanya turut mendakwa sering didera oleh ‘suami’ mereka itu.

Berikutan itu, polis menahan wanita berusia 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.

Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.

“Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.

“Dia menggunakan nama Krishna Sen di laman sosial dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki,” katanya.

Menurut laporan media India, Krishna ‘berkahwin’ dengan Kamini pada 2014 selepas mereka berkenalan di laman Facebook.

Kamini mendakwa dia dipukul ‘suaminya’ itu kerana mas kahwin dan ‘suaminya’ juga mengambil wang daripada keluarganya.

“Mangsa memberitahu keluarganya telah kerugian kira-kira AS$16,000 (RM62,304) gara-gara suspek kerap mendesak dan memukulnya selagi tidak diberikan wang,” katanya lagi.


Polis turut menjumpai kira-kira 200 nombor telefon wanita lain dan dikatakan masih aktif berbual dengan wanita-wanita berkenaan dalam pelbagai platform media sosial.

Pada 2016, Krishna berkahwin dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.

Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isteri melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.

Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.

Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.

“Pemeriksaan perubatan mendapati dia sebenarnya seorang wanita,” tambah Janmejay.

Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori