Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sah PAS Rasmi Putus...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan...

Dua Anggota Tentera Cedera...

Tanah Merah - Dua anggota tentera cedera di paha dipercayai terkena tembakan ketika...

UMNO Kesal Mahathir Kini...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan melahirkan rasa dukacita...

3 Remaja Mengaku Salah...

BATU GAJAH – Gara-gara menunggang motosikal dengan cara yang membahayakan orang awam, tiga...

Tak Sampai 2 Minggu, Abang Long Fadhil Kemalangan Lagi

SELEPAS terlibat dalam nahas jalan raya dua minggu lalu, penceramah bebas, Muhamad Fadhil Husin, 29, atau dikenali sebagai Abang Long Fadhil sekali lagi ditimpa kemalangan di lebuh raya sama.

Kali ini kereta Perodua Myvi yang dinaiki bersama dua ahli keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 44.4 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Simpang Renggam, Johor, kira-kira jam 2 petang semalam.

Ketika kejadian, beliau dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Sinagpura daripada Melaka selepas bercuti sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

long2

1

4

Kemalangan menyebabkan Abang Long Fadhil mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibunya pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menjalani imbasan X-ray di Hospital Enchee Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said berkata, kemalangan berpunca apabila kereta Myvi dinaiki oleh Abang Long Fadhil itu cuba mengelak lopak air dan terbabas ke kiri jalan.


“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan mangsa melanggar tembok tanah di kiri jalan sebelum terbalik beberapa kali. Kereta itu kemudian terhumban dan terbalik di dalam longkang.

“Sebuah kereta lain dari arah belakang bertindak berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Namun sebuah treler yang berada di laluan sama juga cuba mengelak sebelum melanggar kereta berhenti itu.

“Pada masa sama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima dan kereta Proton Wira turut merempuh kenderaan di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera di bahagian kepala, manakala ibunya mendapat kecederaan pada bahagian kaki,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori