‘Tak Sabar’ Nak Tengok Dunia, Bayi Lahir Awal Dalam Pesawat

SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan dalam pesawat ketika penerbangan ke Filipina dari Emiriah Arab Bersatu menyebabkan pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di New Delhi, India.

Wanita tersebut sepatutnya melahirkan bayinya kira-kira dua bulan lagi namun tiba-tiba mengatakan dia berasa sakit dan mahu bersalin semasa berada di dalam pesawat syarikat penerbangan Filipina, Cebu Pacific Air pada Ahad lalu.

Beberapa anak kapal memberikannya bantuan perubatan dan dua lagi penumpang yang merupakan jururawat juga memberikan bantuan supaya wanita itu dapat melahirkan bayinya dengan selamat.

“Kami hanya mendengar jerita wanita tersebut dan selepas beberapa minit, kedengaran bunyi nyaring yang agak perlahan, menandakan seorang bayi telah selamat dilahirkan.

“Wanita itu bernasib baik kerana proses meneran berlaku dengan sangat mudah dan pantas,” kata Umandal, salah seorang penumpang pesawat tersebut.

Selepas dilahirkan, bayi tersebut dibersihkan dengan air mineral dan dipakaikan pakaian bayi yang diberikan oleh penumpang lain yang membawa bayi mereka dalam pesawat.

Juruterbang pesawat itu membuat pendaratan cemas di selatan India, Hydrabad bagi membolehkan kedua-dua ibu dan bayi tersebut menerima bantuan perubatan sebelum meneruskan perjalanan ke Manila.

Wanita tersebut, bersama bayi dan ibunya mendaat visa sementara selama tiga hati dan mungkin akan dilanjutkan sehingga mereka disahkan boleh menaiki pesawat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: AFP