Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Selar Tindakan ‘Baling...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyelar tindakan...

42 Lemas Akibat Bot...

KAHERAH - Angka korban susulan insiden bot pendatang karam di pesisir pantai utara...

Umpama Keajaiban Dunia Kelapan

KEUNIKAN lebuh raya Karakoram di Pakistan menjadikan ia salah satu jalan paling bahaya...

Larangan Perbaharui ‘Roadtax’ Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Pemandu dan kenderaan yang terlibat dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar...

Tak Pernah Tawar Shafie Sebagai TPM – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, turut menyifatkan dakwaan Mohd Shafie itu sebagai andaian Ahli Parlimen Semporna itu semata-mata.

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah sekali pun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau (Mohd Shafie), selepas menjadi Perdana Menteri, pada Mac lalu, seperti didakwa.

“Saya menyifatkan kenyataan Mohd Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan ‘beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu’ sebagai tidak benar,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengulas wawancara Mohd Shafie bersama sebuah portal berita yang disiarkan pada 14 Julai lalu.


Selasa lalu, Mohd Shafie mendakwa Muhyiddin pernah menawarkan beliau menyertai Kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.

Ia didakwa sebagai antara tindakan Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk memperkukuhkan PN. – BH Online

Kategori