Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPSPN Semak Semula Keperluan...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kini sedang menyemak semula keperluan...

Perancis, Arab Saudi Bincang...

SATU persidangan khas antara Perancis dan Arab Saudi membincangkan isu kemanusiaan Yaman di...

Penjaga Parkir Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kastam Sabah Rampas 8kg...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine...

“Tak Perlu Persoal Sah Atau Tidak Solat Kami” – Adam

KECOH kononnya jika seorang Muslim itu mempunyai tatu di badannya, maka solat mereka tidak sah di sisi agama Islam malah tatu itu perlu dibuang terlebih dahulu!

Justeru ramai ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di media sosial mula mempersoalkan tatu yang dimiliki seorang pemain ragbi All Black, Sonny Bill William memuat naik gambarnya sedang mengerjakan umrah dengan menampakkan lengan kiri.

Dalam masa yang sama, pelakon Adam Corrie turut berkongsikan kisahnya yang mana dia pernah ditegur oleh salah seorang krew bahawa solatnya tidak sah kerana dia masih mempunyai tatu.

Baca: Dakwah Adam Corrie Beri Inspirasi Buat Mualaf

Juga: Adam Corrie, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor

Adam sudah memluk agama Islam sejak tahun 2007 yang lalu dan dia hanya mampu tersenyum ketika ada yang masih lagi mepersoalkan hukum sah solatnya kerana dia sudah mengetahui tentang perkara itu.

“Saya pernah ditegur masa solat di set filem kerana ada tatu. Mereka kata solat saya tak sah. Ada yang suruh saya buang tatu dulu tapi saya senyum saja sebab saya dah tahu hukumnya.

“Bagi mereka yang bertatu sebelum mengucap syahadah, solatnya sah dan tak wajib untuk buang tatu sekiranya memudaratkan diri,” tulisnya di Twitter miliknya baru-baru ini.

Akibat sudah masak dengan soalan itu, Adam langsung tidak ambil hati dengan segala jenis persoalan tentang tatu yang dimilikinya itu sebelum memeluk agama Islam.

Kita juga sudah tahu bahawa seseorang kafir yang memeluk Islam, tidak diwajibkan untuk membuang tatu di badannya jika ianya akan memudaratkan diri mereka.

Namun, bagi umat Islam yang bertatu, diwajibkan utnuk dibuang tatu itu tetapi jika memudaratkan kesihatan, ianya tidak digalakan bagaimanapun, perbuatan itu tetap dilaknat oleh Allah S.W.T.


Dalam masa yang sama, Adam turut mengulas dengan lebih lanjut mengenai twitnya tempoh hari di akaun Instagram miliknya supaya lebih difahami oleh umum agar tiada yang salah faham.

“Isu biasa yang dialami oleh saudara baru. Ini bukan isu sedih ke, marah ke, tertekan ke. Suruh orang bertabah ke. Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah.

“Ini cuma satu perkongsian untuk mereka yang masih tak tahu tentang perkara tersebut. Tidak semua berkemampuan, jadi Islam ada penyelesaian yang lebih meringankan.

“Ia juga mungkin memudaratkan badan jika tatu penuh di badan hendak dibuang. Kos tinggi. Bukan sekali sahaja rawatan laser kena buat, banyak kali. Buat kajian sebelum berbicara,” tulisnya lagi.

Bagi menutup mulut mereka yang suka mempersoalkan segala macam perkara, Adam menasihatkan kepada saudara baru yang lain agar memakai baju berlengan panjang atau seluar panjang bagi menutup lukisan tatu yang mereka miliki itu.

Sebagai manausia yang dilahirkan dengan beragama Islam, kita tidak sepatutnya mempersoalkan jika seorang mualaf itu mempunyai tatu sekalipun.

Sudah pasti mereka ialah ‘orang baharu’ jadi beri lah masa kepada mereka untuk lebih memahami agama suci ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori