Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anwar – ‘Cukai CGT...

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan idea Cukai Keuntungan Modal (CGT)...

Polis Selamatkan 100 Mangsa...

Kuala Lumpur - Seramai 100 wanita warga asing yang dipercayai mangsa eksplotasi seks...

3,000 Penyokong Iringi Ahmad...

MACHANG : Seramai 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberikan semangat kepada penyandang...

Pegawai FBI Kahwin Dengan...

CINTA itu buta dan itu yang ditunjukkan oleh seorang pegawai FBI, Daniela Greene,...

Tak Perasan Mahathir Tawar Jawatan TPM – Kit Siang

KUALA LUMPUR – “Saya tidak perasan pun yang Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya memerintah negara.”

Demikian reaksi Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba berdolak-dalik berhubung pengakuan Mahathir bahawa DAP yang dilihat segelintir pihak sebagai sebuah parti anti-Islam dan anti-Melayu meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri jika UMNO berjaya ditumbangkan.

Permintaan itu dipercayai sebagai balasan kepada kerjasama yang diberikan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Kit Siang bagaimanapun memberi alasan kononnya DAP tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan oleh Mahathir.

Beliau mendakwa, media yang sengaja memperbesarkan isu tersebut kononnya untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan masyarakat tertentu.

“Ia adalah penipuan kerana DAP tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir sebelum ini mengakui DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.

“Kononnya kalau UMNO kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. Tapi kalau timbalan itu, adalah,” kata Mahathir.

Mahathir kemudian membuat pusingan U dengan mendakwa MCA yang sebenarnya meminta jawatan itu selepas menyedari kecaman hebat kaum Melayu ke atas pembangkang berikutan pendedahannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori