Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Tiada Kontraktor Bumiputera Disingkirkan,...

KUALA LUMPUR - Tiada kontraktor Bumiputera disingkirkan dalam rundingan semula kontrak Perbadanan Aset...

62,000 Syarikat Tidak Ikrar,...

KOTA KINABALU - Sebanyak 62,000 daripada 441,000 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai...

Pengantin Perempuan Didakwa Tembak...

TENNESSEE - Seorang pengantin perempuan, Kate Elizabeth Prichard, 25, berdepan tuduhan serangan domestik...

Malaysia, Singapura Kongsi Pengalaman...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura akan bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam...

Tak Patuh SOP Bukan Punca Kluster Baharu COVID-19

KUALA LUMPUR: Kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing di pelbagai premis kerja bukan berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kluster baharu seperti yang berlaku di Pedas, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Selangor merangkumi Setia Alam dan Ampang sebaliknya berpunca daripada penularan jangkitan dari luar.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus mengarahkan saringan terhadap individu berkaitan, selain mempertimbangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya wujud peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak di lokaliti berkaitan.

“Ia bukan sebab ketidakpatuhan SOP, tetapi apa yang berlaku di Pedas, Ampang dan Setia Alam contohnya adalah berikutan jangkitan dari luar.

“Kita ambil contoh kluster kilang ayam di Pedas yang difahamkan berlaku apabila ada seorang kerani datang ke premis untuk ambil gaji, tetapi tidak menyedari bahawa dia dijangkiti COVID-19.

“Disebabkan itu, pekerja lain di kilang terbabit ada yang dijangkiti COVID-19, begitu juga kluster membabitkan petugas di hospital apabila penularan berpunca daripada kunjungan ke kenduri kahwin.

“Ia bukan disebabkan ketidakpatuhan SOP ketika berada di premis kerja,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini.


Ismail yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha mengekang penularan di kawasan PKPD dengan melakukan saringan secara menyeluruh.

Selain itu, katanya, premis perniagaan atau kawasan penduduk berdasarkan lokaliti yang mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 akan ditutup.

“Ini seperti apa yang kita buat terhadap pusat beli-belah di Cheras tempoh hari, bagi memberi laluan operasi nyah cemar dan saringan untuk dilakukan.

“Ia berbeza dengan kaedah lama apabila kita tutup kawasan yang lebih besar sekiranya mendapati wujud peningkatan kes atau kluster COVID-19,” katanya. – BH Online

Kategori