Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Reen Rahim Kesal Bekas...

PELAKON Reen Rahim kesal dengan perbuatan seorang wanita yang pernah berkawan rapat dengannya...

Sering Melakukan Kesilapan Punca...

ALOR SETAR- Gagal menyempurnakan peluang yang ada dan sering melakukan kesilapan antara sebab...

3 Polis Thailand Terbunuh...

YALA (Selatan Thailand) - Tiga anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah...

Siri Animasi Nabi-Nabi Dapat...

SIRI ANIMASI NABI-NABI DAPAT SAMBUTAN RAMAI4 sebab dari Diana Amir dan Fara Fauzana, mengapa anda perlu menonton Siri Animasi Kalimullah dan Habibullah di NurflixBermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepda umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga. Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini,menurut Diana Amir dan Fara Fauzana:Sebab Diana Amir:1.Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab). 2.Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri.Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan . Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya3.Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik”4. Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahuai perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.Akan datang, bakal dipertontonkan di Nurflix; siri tentang Nabi Adam AS (hujung Ogos), Nabi Nuh AS (hujung Ogos), Khalilullah: Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober).Sebab Fara Fauzana:1. Kisah-kisah Nabi yang menarik tentang Habibullah dan Kalimullah. 2. Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan. 3. Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya. 4. Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca.Tentang Siri Animasi Habibullah dan KalimullahSiri animasi HABIBULLAH ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.Bahagian pertama kisah ini bermula dari period sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah, kemudian hijrah ke Madinah , dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar terakhir. Siri ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala NabiPengarah: Ahmed Hassan Penerbit: Ahmed TahaTentang Siri animasi KALIMULLAH:Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’. Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir, kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.Pengarah: Ahmed Hassan Penerbit: Ahmed TahaSarikata Bahasa Melayu: Medatta International (M) Sdn BhdJangan lupa muatturun Nurflix di Apple AppStore dan juga Google Playstore atau layari di https://nurflix.tv/ dan subscribe untuk dapatkan kandungan islamik yang menarik.

Tak Mengaku Operate Muka, Tapi Hanya Sakit Gigi?

SEJAK kebelakagan ini, ramai yang perasan perubahan wajah selebriti Instagram dan usahawan terkenal ini yang amat ketara.

Tapi menurut usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzaman, dia dikatakan telah menyelar dakwaan netizen yang mengatakan kononnya dia telah membuat pembedahan pada wajahnya.

“Saya melakukan proses ‘crowning’ gigi. Proses itu sangat rumit. Saya pula seorang yang sensitif, bayangkan jika saya sakit gigi pun boleh bengkak satu muka, apatah lagi apabila melakukan proses ‘crowning’,” kata Sajat dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah Sajat, tuduhan itu bermula apabila dia memuat naik gambar wajahnya yang agak bengkak di bahagian bibir.

Namun, ramai juga netizen menganggap bahawa usahawan produk bengkung itu telah melakukan pembedahan di bahagian bibir, dahi dan matanya agar kelihatan seperti orang Korea?

Buat apa nak buat operation lagi tu Sajat?

Perempuan sejati tak memerlukan apa-apa pembedahan pun sebab mereka sudah dilahirkan dengan cukup sempurna!

“Saya hanya buat rawatan wajah sahaja menerusi bisnes yang saya usahakan di Nur Sajat Beautician dan Nur Sajat Aesthetics. Tiada pembedahan pun,” ujarnya lagi yang juga hangat diperkatakan mengenai jantinanya.

Dalam masa yang sama, ketika ditanya soalan mengenai single terbaharunya, usahawan tinggi lampai itu cukup teruja untuk berkongsi kepada orang ramai.


“Pada awalnya, saya terkejut apabila mendapat tawaran pihak KRU untuk berkolaborasi dengan Aliff dalam single itu.

“Saya bukan seorang penyanyi dan saya tanyakan kepada mereka, adakah mereka tidak takut dikecam apabila melibatkan saya dalam lagu tersebut,” katanya lagi yang kini sedang dilamun cinta bersama dengan seorang jurulatih gimnasium, iaitu Coach Yin.

Sajat juga diberi dorongan oleh banyak pihak yang terdiri daripada individu yang rapat dengan dirinya.

Jadi dia telah mengambil peluang yang ditawarkan oleh pihak KRU dan menganggap ianya sebagai salah satu cara untuk dia melebarkan sayap serta namanya sebagai usahawan kosmetik.

Tak mengapalah Sajat, buat sajalah apa yang anda mahukan. Nak cucuk sana, cucuk sini sekalipun.

Jangan nanti bila dah terlampau banyak sangat cucuk, lain pula akibatnya nanti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori