Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki OKU...

MIRI - Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rakyat tempatan kerana...

Tumpahan Minyak Boleh Jejas...

JOHOR BAHRU - Tumpahan minyak di timur Selat Johor berhampiran Pelabuhan Pasir Gudang...

Lelaki Myanmar Ditahan Rakam...

JOHOR BAHRU - Seorang warga Myanmar menerima padah selepas ditahan polis kerana mengintai...

Palestin Sambut Baik Undian...

RAMALLAH : Rakyat Palestin menyambut baik undian Perhimpunana Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Isu Cium Isteri, Nabil Tak Peduli Apa Orang Kata

SELEBRITI versatil Nabil Ahmad menjadi bualan hangat di media sosial baru-baru ini gara-gara tular foto dirinya bercumbu dengan isteri, Nazira Ayub ketika bercuti di Venice, Itali.

Malah status gelaran hajinya juga turut dpersoalkan oleh netizen.

Seakan lali dengan gosip dalam industri hiburan tanah air, pelawak berusia 34 ini tenang berdepan isu tersebut.

Tak Melatah, Nabil Tenang Perjelas Isu Cium Isteri

Menurut Nabil, foto itu bukan dimuat naik menerusi laman sosialnya tapi dikongsi oleh seorang jurugambar dan disebarkan pula oleh individu lain.

Jelasnyanya lagi, semenjak bergelar selebriti dan dikenali ramai, dia berhati-hati dalam berkongsi foto di media sosial apatah lagi sekiranya foto itu mampu mengundang pelbagai persepsi negetif.

“Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar kami yang meletakkannya di Instagram beliau.


“Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya.

“Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat,” katanya kepada BH Online.

Baca: Nabil Dan Zira ‘Comolot’ Di Venice

Enggan ambil pusing hal tersebut, Nabil dan isteri merasakan apa yang dilakukan oleh mereka tidak perlu dijadikan bahan bualan ramai.

“(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu.

“Apabila sudah berada di ‘kota cinta’, jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri. Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori