Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin, Tunku Zara...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku...

PM Gesa Semua Negeri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua negeri...

Nenek 70 Tahun ‘Wow’Kan...

SEORANG warga emas berusia 70 tahun mengejutkan juri program realiti Italia's Got Talent...

Najib Cuti Sakit, Perbicaraan...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development...

Tak Logik! Mahasiswi UIN Perlu Buka Tudung

YOGYAKARTA – Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga bakal mengadakan sesi kaunseling terhadap puluhan mahasiswi bertudung yang ada di dalam kampus.

Rektor UIN Sunan Kalijaga, Yudian Wahyudi kepada Detik News berkata, larangan itu dibuat bagi mengelak fahaman radikal merebak di dalam kampus.

“Pasukan kaunseling terdiri daripada lima pensyarah daripada pelbagai fakulti yang akan memanggil setiap pelajar bertudung untuk diberikan kaunseling,” kata Yudian.

“Jika pelajar masih tetap dengan pendiriannya untuk memakai hijab, mereka akan diminta berundur daripada belajar di UIN,” tambahnya lagi.

Menurutnya, pihak universiti sedang merekodkan pelajar yang memakai hijab bagi memudahkan pentadbiran universiti, terutama ketika mereka menduduki peperiksaan selain diberi kaunseling.

Baca: Paksa Wanita Islam Buka Tudung? Sedia RM707,526!

Tambahnya lagi, pelajar sepatutnya boleh mematuhi peraturan berkenaan kerana ketika mereka masuk ke universiti dahulu, mereka juga sudah menyatakan kesanggupan untuk mematuhi peraturan kampus.

Berdasarkan data yang direkodkan, kira-kira 42 pelajar daripada lapan fakulti yang memakai tudung setakat ini.


Seorang pelajar yang bertudung, Umi Kalsum agak keberatan untuk mematuhi peraturan tersebut apatah lagi membuka tudung yang dipakainya.

“Kami mempunyai hak untuk memakai tudung. Jika dipanggil saya akan hadir. Saya akan tanya alasannya jika diminta menanggalkan tudung. Saya ada alasan sendiri untuk memakainya,” kata pelajar Fakulti Adab dan Ilmu Budaya universiti itu.

Tindakan UIN dengan tidak memberi hak kepada mahasiswi universiti tersebut untuk bertudung jelas dilihat tidak logik dengan alasan konon tidak mahu fahaman radikal membiak di universiti.

Adakah jika semua pelajar tidak bertudung, fahaman radikal itu dapat dikekang? Benarkah wanita yang memakai tudung di dunia adalah radikal?

Dalam ajaran Islam, tudung adalah pakaian yang memelihara wanita daripada mendedahkan aurat kepada individu yang bukan mahram bagi dirinya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori