Tak Layan Komen Netizen, ‘Rahsia’ Sajat Kekal Bahagia

SEJAK berita mengenai usahawan, Nur Sajat bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu jantina menjadi tular, pelbagai kecaman mula menghambat ‘wanita’ ini.

Saban hari ada sahaja kritikan dan tohmahan negatif yang tidak putus-putus menghimpit usahawan ini.

Namun satu hal yang mungkin boleh dipuji mengenai dirinya, beliau memilih pendekatan berdiam diri dan tidak menghiraukan tohmahan negatif tersebut.

Menurut Sajat, beliau sememangnya tidak menolak kemungkinan tohmahan negatif boleh membuatkan seseorang yang menjadi mangsa itu ‘hilang kawalan diri’ akibat tertekan.

Namun bagi pengasas ini, hal itu boleh dielakkan jika seseorang itu berhenti dengan serta merta daripada melayan perkara sia-sia berkenaan terutamanya berkaitan bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.

Dalam pada itu untuk kekal bahagia, Sajat gemar mengambil langkah tidak terlalu obses mahupun mengambil serius dengan tiap kata-kata negatif yang dilontarkan oleh masyarakat.

Bukan itu sahaja, malah Sajat juga sering mengatur langkah bijak dalam menapis kata-kata serta nasihat daripada siapapun termasuk masyarakat keliling.

Hal ini kerana setiap apa yang dilontarkan orang ramai hanya pandangan atas apa yang dilihat daripada luaran sahaja. Tetapi hakikatnya, hanya kita dan ahli keluarga mengenal diri kita yang sebenar.

“Jika dibandingkan antara ahli keluarga dengan orang luar, adalah lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat terlebih dahulu,” kata Sajat dipetik Media Hiburan.

Menurut Sajat lagi, apa yang lebih penting dalam mencari kebahagiaan hidup adalah walau moden macam mana sekalipun, jangan lupa untuk istighfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta.

Itulah antara beberapa ‘rahsia’ yang diamalkan oleh Sajat untuk terus ‘kebal’ dan bahagia meskipun menjadi mangsa kecaman netizen yang meragui kesahihan jantina dirinya.

Hmmm, no wonderlah ‘wanita’ ini mampu tersenyum meskipun sering dihentam teruk kan! – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...