Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Luahan Hati Isteri Serang...

APABILA tersebar satu rakaman video memaparkan seorang isteri hadir di majlis persandingan suaminya...

Suspek, Polis Berbalas Komen...

WASHINGTON - Jabatan Polis Richland di sini tidak menyangka iklan pencarian seorang suspek...

Pekerja Asing Maut, Cedera...

PUTRAJAYA - Seorang pekerja warga Nepal maut manakala seorang rakannya warga Bangladesh cedera...

Isu MB: Otai Reformasi...

PETALING JAYA - Otai Reformis menuntut penjelasan kepemimpinan pusat PKR mengenai pembatalan surat...

Tak Kemaruk Cinta, Zahirah Lebih Fokus

KUALA LUMPUR – ‘Tanpa cinta, saya lebih fokus dalam kerjaya.’

Begitu luahan aktres jelita, Zahirah Macwilson yang mengaku bergelar single membuatkan dirinya bebas mengatur langkah terutama dalam membina karier lakonan.

Azam anak gadis pelakon dan bekas pembaca berita TV3, Zainol MacWilson ini, tahun ini, segala-galanya adalah mengenai dirinya sendiri.

“Tahun ini, segala-galanya adalah mengenai diri saya, sayangi diri sendiri dan berusaha jadi lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Zahirah mengaku sebelum ini dirinya bergelut dengan pelbagai kisah kontroversi hingga cerita peribadi lebih banyak dijaja lantas menenggelamkan bakat seni.

“Namun, saya anggap semua itu laluan yang perlu ditempuhi sebelum menggapai tahap selesa. Saya tahu, diri ini bukanlah pandai berlakon… Bahasa Melayu saya pun kedengaran pelat.

“Semua itu mematangkan dan saya banyak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.

Zahirah yang juga calon kategori Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 berkata, disebabkan kemaruk bercinta, dia pernah mengambil ringan karier lakonan.

“Dulu saya ambil mudah dan fikir, nanti-nanti adalah tawaran berlakon tiba.

“Saya macam tak bersungguh-sungguh dalam dunia lakonan dek kemaruk bercinta. Namun, bagi saya, perkara ini normal dan bukan berlaku dalam kalangan artis sahaja,” katanya.


Mengaku cinta putus di tengah jalan, Zahirah bagaimanapun tidak pernah menyalahkan sesiapa.

“Saya tak salahkan sesiapa termasuk takdir bertemu cinta yang putus di tengah jalan… Biasalah darah muda,” katanya yang kecoh apabila putus cinta dengan aktor sasa, Zul Ariffin, tahun lalu.

Tambah Zahirah, selepas tiga tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, sudah tiba masanya bergerak di landasan betul.

“Tahun pertama dan kedua, saya masih banyak belajar. Berlakon pun tak okay, banyak kaku.

“Perlahan demi perlahan, saya cuba buat lebih baik dan memperbaiki kelemahan. Saya mengaku masih jauh lagi perjalanan dan pengalaman yang perlu ditimba,” katanya.

Tahun ini, gadis kacukan Melayu-Australia ini kembali menjadi sebutan apabila muncul dalam drama rantaian, Tak Ada Cinta Sepertimu berganding dengan hero pujaan ramai, Syafiq Kyle.

Ini diikuti drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan TV3 melalui slot Akasia. Buat pertama kali, Zahirah berganding dengan pelakon berstatus suami orang, Saharul Ridzwan. – BH ONLINE

Kategori