Tak Ikut Janji Temu Punca PPV Sesak

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah majikan menghantar pekerja tidak mengikut janji temu bagi mendapatkan vaksinasi dipercayai menjadi punca berlakunya kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut mengesahkan rakaman keadaan di PPV berkenaan yang tular di laman sosial sejak semalam.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan dihantar ke PPV KLCC.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu rakaman berdurasi 26 saat tular di laman sosial sejak semalam memaparkan ribuan warga asing berbaris panjang bagi memasuki PPV KLCC. – K! ONLINE