Tak Bercadang Henti Panggilan Usikan Radio Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak bercadang untuk menghentikan program ‘panggilan usikan’ yang dijalankan oleh stesen radio buat masa ini, kata Menterinya Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun katanya kementerian menyambut baik dan akan menimbang setiap cadangan dan pandangan yang dikemukakan.

Gobind berkata demikian dalam responsnya kepada seorang pengguna Twitter @Bro_Razeef yang bertanya sama ada kerajaan menimbang untuk menghentikan program panggilan usikan pagi yang dijalankan oleh stesen radio di negara ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...