Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganjur Hari Aspirasi Keluarga...

KUALA LUMPUR: Penganjur Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan...

“Harap Menteri Agama Bukan...

"HARAP-HARAP menteri agama kita ni pun bukan dari golongan lesbian, gay, biseksual dan...

APMM Patahkan Penyeludupan Gas,...

TAWAU - Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan dua bot jongkong dengan muatan 151...

Bekas Pensyarah UTHM Wakaf...

BATU PAHAT - Sebanyak 707 buah buku bernilai RM42,000 diwakafkan oleh Felo Institut...

Tak Balik Beraya: Bekas Suami Ugut Bunuh Anak

GARA-GARA kecewa dengan bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian tersebut disedari sepupu suspek yang melaporkan dua anak saudaranya dikurung di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

“Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik.

“Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur,” katanya.

Menurutnya, sepasukan polis cuba memujuk suspek menyerah diri dan tidak mencederakan anak-anaknya.

Jelasnya, polis mengepung kawasan kejadian dan beberapa minit kemudian suspek membawa anaknya keluar dan diserahkan kepada ahli keluarga.

Suspek kemudiannya ditahan manakala dua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurutnya, polis turut merampas senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur bersama suspek.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh. –MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori