Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesemua Pelajar Tajaan MARA...

KUALA LUMPUR - Kesemua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Paris selamat...

Thailand Tempah Slot Ke...

KUALA LUMPUR - Juara tiga kali, Thailand menempah slot ke final Piala AFF...

NGO Tahfiz Sambut Baik...

SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta)...

2 Reban Ayam Terbakar,...

SUNGAI SIPUT - Kira-kira 67,000 ekor anak ayam hangus apabila dua unit reban...

Tak Akan Letak Jawatan Penaung Program Permata

LANGKAWI – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai penaung program Permata walaupun ada desakan daripada parti pembangkang supaya beliau berbuat demikian.

Ini, katanya, kerana segala usaha dan kudrat yang beliau sumbangkan selama ini tidak sedikit pun untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya satu daripada usaha beliau menyumbang kepada negara khususnya buat anak-anak pewaris negara.

Beliau menjelaskan dalam tempoh 10 tahun Permata mengorak langkah yang penuh liku dan cabaran, beliau sendiri selaku penaung program itu tidak pernah terlepas daripada menjadi mangsa pelbagai fitnah dan tohmahan.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas kami, kononnya saya mendesak kerajaan tambah peruntukan Permata, kononnya saya salah guna wang Permata untuk kepentingan sendiri.

“Tak apalah, apa orang nak kata, demi anak-anak bangsa. Segala dakwaan palsu oleh pihak lawan, walaupun pedih di hati, saya biarkan sahaja bagaikan angin yang lalu. Saya yakin sesungguhnya bantuan Allah SWT itu akan sentiasa bersama orang yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Anak Permata Negara Langkawi di Kompleks LADA, di sini hari ini.

Rosmah berkata, sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, beliau boleh sahaja duduk di rumah dan mengikuti perdana menteri melakukan tugasan rasmi namun atas dasar sebagai seorang insan, beliau terpanggil untuk menyumbang sesuatu kepada negara.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip bahawa setiap anak-anak merupakan aset dan Permata negara dan mereka berhak mendapat peluang yang sama untuk membesar sebagai kanak-kanak ceria serta menjadi modal insan negara,” katanya.

Permata kini, katanya, menjadi satu manifestasi kerajaan yang berjaya dan ia dibuktikan melalui sejumlah 500,000 kanak-kanak telah berjaya mengikuti program pendidikan awal di pusat Permata dalam tempoh 2007 hingga 2017.


“Dalam aspek memperluaskan akses kepada lebih ramai kanak-kanak kepada Permata, program Permata On Wheels atau Jelajah Permata telah dilaksanakan di mana aktiviti Permata dibawa terus kepada kanak-kanak khususnya kawasan luar bandar,” katanya.

Lebih membanggakan, katanya, apabila Permata sejak 2015 lagi telah mengenal pasti seramai 300 kanak-kanak yang memiliki tahap kepintaran IQ yang tinggi pada usia dua hingga lima tahun.

“Sehubungan itu kita telah menganjurkan ‘Junior Science Camp’ dengan kerjasama pusat Permata Pintar bagi mencungkil bakat dan kepintaran kanak-kanak sejak usia kecil, mereka diberi pendedahan awal dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi memupuk kecenderungan minda,” katanya.

Pusat Permata di Langkawi merupakan pusat yang ke-89 di seluruh negara, dan keempat di Kedah yang ditempatkan di tingkat 1, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi dan mampu menampung 100 kanak-kanak. – BERNAMA

Kategori