Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Tawar RM3.5j Jika...

KUALA LUMPUR — Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony...

Individu Dari Qatar Mahu...

IPOH – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu...

Kuantan Daerah Terbaharu Zon...

PUTRAJAYA - Berbaki lima hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kini daerah Kuantan...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih...

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat...

Tak Ada ‘Job’ Lakonan, Fathia Latiff Akui Sedih

TAHUN 2017 sememangnya bukanlah tahun yang ‘cantik’ buat pelakon Fathia Latiff setelah satu demi satu kontroversi panas membabitkan dirinya.

Antara isu paling panas yang melibatkan pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini adalah kontroversi video menari di aplikasi Bigo Live yang tersebar meluas di media sosial beberapa bulan lepas.

Di sebalik segala isu yang melanda dirinya, Fathia akui berasa sedih kerana sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan daripada mana-mana produksi.

BACA : Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen

“Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran.

“Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan drama.

“Cuma saya minta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan lain tidak dipandang.

“Alhamdulillah, sumber pendapatan saya sentiasa ada walaupun tidak berlakon. Produk Avon masih menyambung kontrak, begitu juga dengan produk Her Fit dan Pizza Hut,” katanya memetik sebuah portal hiburan.

Pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff

Tambah Fathia lagi, meskipun apa yang dilakukan oleh dirinya sering dipandang negatif oleh masyarakat, namun ia bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti.

Sebaliknya, pelakon ini hanya ingin menjadi diri sendiri dan baginya generasi masa kini harus lebih bersikap terbuka dalam bersuara mahupun menerima pendapat orang lain.


“Kadangkala saya tidak faham, apa sahaja yang saya buat walaupun pada pandangan saya ia baik, orang tetap kecam.

“Generasi sekarang seharusnya lebih bersikap terbuka. Bukan lagi suka mencari salah orang,” tambahnya.

Nasihat kami, jika Fathia mahu kembali mendapat tempat dalam industri, banyak perubahan atitude yang perlu dibuat.

Salah satu daripadanya adalah hentilah ‘meroyan’ tak tentu pasal di media sosial tentang politik negara dan seumpamanya kerana sebagai artis, agak ‘tak kena’ cara Fathia melontarkan pendapatnya itu.– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori