Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes ‘Cuci’ Duit Haram:...

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.- MYNEWSHUB

Gadis Kurus Sanggup Gemuk...

BIRMINGHAM - `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171...

Waris Pesakit Merungut Caj...

Kita sedia maklum bahawa harga parkir di kompleks beli belah tidak sama. Sesetengahnya...

PTAM Optimistik Taman Kemarau...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) optimistik untuk menamatkan kemarau pingat...

Tajuddin Umum Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti kali ini.

Wakil rakyat Parlimen Pasir Salak itu berkata beliau mengambil keputusan tersebut kerana mahu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu berkenaan.

“Saya berjanji akan bekerja habis-habisan dan turun padang setiap kawasan untuk membangkitkan semula obor perjuangan UMNO,” katanya pada sidang media di sini.

Tajuddin juga yakin UMNO mampu bangkit semula kerana sokongan orang Melayu terhadap parti tesebut masih kuat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan dua Anggota MT iaitu Datuk Seri Johari Abd Ghani dan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti pada pemilihan kali ini. – BERNAMA

Kategori