Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fiza Elite Sangkal Dakwaan...

SEBELUM ini terdapat dakwaan yang mengatakan Fiza Elite bakal berkahwin apabila memuat naik...

Guna Kerjaya Politik Semaksimum...

SOOK - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau...

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia...

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah...

VIDEO: Dewi Remaja.. Cantik...

ORANG kata kalau nak jadi ikon atau role model, seseorang itu perlulah terdiri...

Taiwan Sudah Sinonim Dengan HALAL!

SEBUT sahaja Taiwan, ramai di kalangan kita yang menganggap kesukaran untuk mendapatkan makanan Halal di sana.

Rumusan ini sudah tentu dibuat kerana beranggapan negara yang majoriti penduduk tersebut yang beragama Tao dan Buddha.

Jom kita ubah persepsi atau tanggapan negatif ini kerana hakikatnya terdapat ratusan restoran Halal di Taiwan. Malah, di setiap restoran terdapat sijil halal yang diiktiraf oleh Persatuan Cina Muslim di sana.

Banyak restoran Halal yang menyajikan juadah yang bersesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Sebagai contoh, terdapat restoran Turki, India, Thailand dan Mi Sup Daging.

Jika anda melancong bersama Five Estec Travel, anda akan berpeluang untuk makan tengahari dan makan malam di restoran Halal terkenal tempatan seperti Restoran Halal Bismillah dan Restoran Yunus Halal!

Rata-rata pelanggan Five Estec Travel bersetuju makanan di restoran Halal Bismillah antara tersedap di Taipei.

Banyak makanan halal yang bersesuaian, boleh dicuba masyarakat Muslim apabila melancong ke Taiwan! Selain restoran yang diiktiraf Halal, pelancong juga boleh menikmati ‘signature food’ yang dijual secara meluas di Taiwan.

Pertamanya, Taiwan sangat terkenal dengan ‘Mango Ice’. Oleh kerana faktor tanahnya yang subur, negara ini mampu menghasilkan buah-buahan yang sangat sedap dan ranum sepanjang tahun.

Maka, dengan hasil negara ini mereka telah diiktiraf oleh CNN sebagai pembuat ‘Mango Ice’ tersedap di dunia! Jadi, jika anda merancang ke Taiwan, bolehlah sekiranya memasukkan ‘dessert’ ini ke dalam ‘wishlist’ anda!

‘Mango-Ice’ antara dessert yang mesti dicuba jika berkunjung ke Taiwan.

‘Hand-Shaken drink’ atau lebih dikenali sebagaI ‘Bubble Tea’ di Malaysia, juga merupakan ‘signature’ Taiwan yang boleh dinikmati apabila anda berkunjung ke sana.

Jangan anda tidak tahu, sebabnya minuman ini adalah inspirasi daripada seorang pengusaha kedai teh di Tainan pada tahun 1986.

Pemilik kedai teh itu, Tu Tsong telah dapat inspirasi untuk menikmati air teh bersama ‘tapioca balls’. Pada tahun 1990-an, minuman ini juga telah dapat sambutan di kebanyakan negara Asia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

 Jangan anda tak tahu ‘Bubble Tea’ dihasilkan ilham daripada pemilik kedai the di daerah Tainan, Taiwan!

Selain itu juga, terdapat lebih daripada 4,000 restoran yang menyajikan makanan vegetarian, membuatkan negara ini syurga kepada penggemar makanan berasaskan sayur-sayuran!

Di Taiwan, pengusaha sangat mementingkan kualiti makanan sama ada dari segi rasa dan ‘appearance’. Pengusaha turut fokus dalam menyediakan makanan Jepun, Itali, Perancis dan Amerika untuk menjadikan makanan tersebut sedap dan sihat kepada umum.


SALAM TAIWAN

Pihak Taiwan Tourism memilih Mira Filzah sebagai duta pelancongan ke Taiwan dengan memperkenalkan kemudahan di sana.

Dengan berlandaskan slogan “Salam Taiwan”, kempen ini bertujuan memperkenalkan makanan dan minumam Halal, hotel, kemudahan masjid dan surau, kosmetik serta alat penjagaan diri di Taiwan.

Apa yang menariknya, Mira Filzah sendiri akan mengadakan “Meet and Greet” bersama peminat di restoran yang terletak di atas 101 Taipei pada 23-27 April 2019.

Berminat ke Taiwan bersama Mira Filzah? Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi dan pendaftaran sila hubungi di talian 03-91002101/03-91002004.

Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 45 hari sebelum berlepas.

Anda juga boleh menghubungi melalui aplikasi whatsapp di talian 013-3615604/017-9880140.

 

Kategori