Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bocor! Gambar Model Proton...

SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor...

Visa Haji, Umrah Lulus...

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah...

Bakar Diri Untuk Dapat...

LONDON - BRITAIN. Beberapa hospital di Britain mendedahkan mereka menerima kes remaja membakar...

Durian: Eksport Cecah Hampir...

SHAH ALAM - Nilai eksport durian dalam bentuk ulas sejuk beku ke China...

Taiwan Larang Main Pokemon Go Di Lebuh Raya, Kereta Api

TAIPEI – Taiwan menggesa pembuat Pokemon Go supaya jangan menjadikan lebuh raya sebagai lokasi permainan realiti luasan itu setelah lebih 1,200 orang terpaksa disaman kerana bermain permainan tersebut semasa memandu.

Pihak berkuasa tempatan Taiwan kini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal populariti permainan itu yang menyebabkan kemalangan setelah para pemainnya cuba memburu dan menangkap watak-watak kartun raksasa daripada aksi Pokemon Go.

Biro Lebuh Raya Nasional menyatakan pada 10 Ogos bahawa pihaknya meminta pencipta permainan itu, Niantic Incorporation of Nintendo USA, supaya jangan menggunakan lebuh raya dan kawasan hentian rehat kenderaan di seluruh pulau tersebut.

“Kami meminta mereka supaya jangan menyelitkan sebarang ‘harta’ Pokemon dalam kawasan-kawasan berdekatan dengan sistem rangkaian lebuh raya kami,” kata Chen Ting-tsai, jurucakap biro tersebut kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Meskipun buat masa ini belum ada lagi watak dari Pokemon ditemui di lebuh raya Taiwan, sebuah tugu peringatan pejuang kebebasan Chiang Wei-shui yang terletak di jalan susur keluar sebuah terowong dikesan menjadi tumpuan pemain dan membahayakan keselamatan.

Sejak Pokemon Go dilancarkan di Taiwan pada Sabtu minggu lalu, sekitar 1,210 pemandu sudahpun disaman kerana didapati bermain permainan tersebut semasa mereka sedang memandu kenderaan, menurut jurucakap Agensi Polis Taiwan.

Para pemandu kereta akan dikenakan denda 2,952 dolar Taiwan (RM382) jika didapati bermain Pokemon Go semasa memandu, sementara para penunggang motosikal pula boleh didenda sekitar 994 dolar Taiwan (RM129).


Jabatan Pentadbiran Kereta Api Taiwan juga mengharamkan Pokemon Go dan akan bertindak menghubungi firma Niantic untuk menurunkan sebarang petunjuk stesen kereta api dan kereta api daripada aplikasi permainan tersebut

Watak-watak Pokemon Go juga dijumpai di sebuah pangkalan tentera udara di bahagian timur daerah Hualien pada 9 Ogos, menurut laporan media tempatan menjelang ‘rumah terbuka’ yang bakal diadakan di pangkalan udara itu pada hujung minggu ini.

Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan bahawa semua askar tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit yang dilengkapi dengan fungsi pengesanan lokasi, iaitu sesuatu yang lazim diperlukan untuk bermain Pokemon Go.

Polis Taiwan juga menasihati para pemain supaya jangan berinteraksi dengan orang-orang yang tidak dikenali, sambil memberi amaran tentang risiko berlakunya penipuan dan keprihatinan mengenai keselamatan kanak-kanak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori