Taiwan Destinasi Pelancongan Alam Semulajadi

FENOMENA pelangi di seantero dunia disebabkan oleh pantulan, biasan dan penyebaran cahaya dalam titisan air sangat mengasyikkan.

Panorama yang cukup unik itu cuma muncul dalam tempoh kurang satu jam, maka tidak semua orang ‘dijanjikan’ peluang menikmatinya.

Bagaimanapun, adakah anda tahu tempoh pelangi paling panjang pernah bertahan dilaporkan di Yangmingshan, Taipei, Taiwan pada bulan 30 November 2017?

Pelangi itu muncul selama 8 jam dan 58 minit dan keajaiban tersebut berjaya dirakam oleh sekumpulan pelajar dan kakitangan Universiti Kebudayaan Taipei.

Kewujudan pelangi dalam tempoh yang lama itu berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung.

Itu antara fenomena yang jelas membuktikan bahawa Taiwan adalah sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi untuk dilawati.

Selain itu, Taiwan juga diketahui sebagai negara habitat bagi 460 jenis spesies burung termasuk spesies endemik seperti Formosan blue magpie dan burung Swinhoe dan Mikado.

Juga terdapat kera batu Formosa dan sekitar 400 spesies kupu-kupu di negara Asia Timur tersebut.

Museum Nasional Biologi dan Akuarium Laut di Pingtung malah menyediakan tempat penginapan untuk pengunjung bermalam bersama pelbagai spesis ikan.

Taiwan juga mempunyai banyak sumber air panas dan yang paling terkenal adalah sumber air panas Beitou di Taipei.

‘Mutiara di Lautan’ juga antara gelaran ramai pelancong keatas Taiwan kerana negara itu kaya dengan pantai berpasir dan pulau karang.

Di Barat Daya Taiwan terdapat kira-kira 100 pulau-pulau kecil yang berjajar bagaikan mutiara yang mempersonakan.

Taiwan juga dikenali sebagai negara yang memiliki pelbagai festival seperti Tahun Baru Cina, Festival Lantern, Hari Kelahiran Mazu, Hari Bersih-bersih kuburan, Festival Perahu Naga, Bulan Hantu, Festival Pertengahan Musim Gugur, Hari Guru dan Hari Nasional.

Maklumat lanjut bagi yang berminat untuk ke Taiwan sila hubungi Five Estec Travel Services Sdn Bhd 03-91002101.

www.wasap.my/60176070516/Taiwan

Loading...