Tahniah Tan Sri Muhyiddin PM Malaysia Ke-8

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menjunjung keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut politik yang telah berlarutan selama seminggu dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Terima kasih Tuanku!

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Diharapkan kepimpinan Tan Sri dapat mengemudi negara keluar daripada kemelut politik dan kegawatan ekonomi semasa.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru ahli-ahli politik di Malaysia untuk bersikap adil kepada rakyat. Bersama-sama fokuskan kepada pembinaan negara kita. Politik picisan harus diketepikan demi rakyat dan negara tercinta.

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pihak media, terutama wartawan-wartawan di luar sana yang menjadi “hero” dalam memberikan berita-berita terkini sejak seminggu krisis berlaku. Panas terik dan lelah penat mereka adalah pengorbanan besar buat negara.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #MuafakatNasional #PemudaIkatan #IsuRakyat #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

Loading...