Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penguatkuasaan Juga Sebahagian Dakwah...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan lebih bertoleransi dalam pendekatannya menguruskan...

Kisah Sebenar Burung Unta...

KISAH sebenar di sebalik insiden 'rare' seekor burung unta ditemui berlari di tengah-tengah kesesakan...

Doktor Pukul Bekas Isteri,...

SHAH ALAM - Seorang doktor muda yang didakwa mencederakan bekas isteri dan bapa...

CEO, Isteri Bebas Reman...

PUTRAJAYA - Ketua pegawai operasi sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dan...

Tahanan SOSMA Tak Boleh Dijamin Kekang Serangan Dilancarkan

SHAH ALAM – Tiada ikat jamin ditawarkan terhadap tahanan berkaitan keganasan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengekang mereka melancarkan ‘serangan’ jika dibebaskan.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dengan menyatakan jika tahanan tersebut ‘dilepaskan’ dengan ikat jamin, mereka berpotensi untuk ‘bergabung’ semula dengan konco-konco yang masih bebas untuk meneruskan kegiatan sebelum ini.

“Kita (polis) ada asas kukuh untuk tidak bersetuju (jika) tahanan (berkaitan keganasan) diberikan ikat jamin kerana apabila dijamin, mereka boleh keluar dan bergabung (semula) dengan suspek yang masih bebas untuk lancarkan serangan.

“Bagaimanapun, kalau ada pandangan daripada pihak kerajaan atau Ahli Parlimen untuk meminda (SOSMA), itu hak mereka. Kita akan akur (dengan sebarang keputusan). Pindaan tersebut mungkin berkaitan (tempoh) reman dan ikat jamin,” katanya dalam program temubual khas bertajuk ‘Rakyat Malaysia Terlibat Militan’ bersama akhbar Sinar Harian yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook di sini, hari ini.

Ditanya oleh pengacara program, Haslina AR Kamaludin mengenai pandangannya terhadap cadangan untuk memendekkan tempoh tahanan SOSMA daripada 28 hari kepada 14 hari, Ayob Khan berkata secara peribadinya, sudah tentu beliau mahu tempoh yang diguna pakai sebelum ini dikekalkan.

Ini kerana katanya, kes berkaitan keganasan bukan dilakukan oleh hanya satu individu sebaliknya melibatkan kumpulan.

Mengambil contoh insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah sebelum ini, Ayob Khan berkata lebih 500 suspek ditahan untuk disoal siasat dengan 1,000 eksibit perlu dikaji sebelum mendakwa pesalah terlibat di mahkamah.

“Contoh kes (melibatkan suspek pengganas) di sebuah pusat hiburan di Puchong, lebih 40 suspek ditahan dan 30 orang daripadanya didakwa (di mahkamah).


“Jadi, banyak keterangan perlu diambil dan eksibit perlu dikaji malah ada juga kes, kita perlu berinteraksi dengan agensi keselamatan asing untuk ambil keterangan suspek-suspek terlibat dalam kejadian serangan di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun kata Ayob Khan, tempoh 28 hari yang diguna pakai sekarang ini bukanlah sepenuhnya untuk polis menjalankan siasatan, sebaliknya ia turut melibatkan proses merujuk kertas siasatan kepada pihak peguam negara bagi dilihat sekiranya wujud kelemahan atau kekurangan sebelum mendakwa tahanan di mahkamah.

Namun katanya, tempoh tersebut telah dipersoalkan oleh pihak tertentu menyebabkan beberapa bahagian dalam akta berkenaan sedang ditambah baik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi penglibatan dengan majlis peguam, badan bukan kerajaan (NGO), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan masyarakat sivil.

“Jadi, mungkin akan ada sedikit pindaan dibuat. Tempoh 14 hari boleh dipertimbangkan secara automatik untuk polis dapat (bagi menjalankan siasatan) dan 14 hari lagi bergantung kepada mahkamah untuk memberi tambahan reman. Pindaan ini dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen akan datang,” katanya.

Jelas beliau lagi, penggubalan akta tersebut sebelum ini dibuat dengan teliti iaitu menerusi kajian mengenai akta seumpamanya yang diguna pakai di negara-negara lain namun diubah suai mengikut kesesuaian situasi di Malaysia.

Kategori