Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Panah Anjing Hingga...

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya...

Covid-19: 1,128 Kes Baru,...

Sebanyak 1,128 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Di Sebalik Nahas Bot...

ROM - Tragedi bot karam di luar perairan Itali atau lebih tepat sempadan...

PM Singapura Ucap Takziah...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada Sultan Johor,...

Tahanan Reman Mati Tergantung Dalam Lokap

IPOH – Seorang tahanan reman lelaki, ditemukan mati dalam keadaan tergantung di dalam lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Siput tengah hari, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun ditemukan kira-kira 12.10 tengah hari, semasa anggota polis membuat rondaan rutin di lokap berkenaan.

“Tahanan ditemukan tergantung dengan menggunakan baju T yang dibekalkan kepadanya dan inkuiri telah dibuat oleh koroner dari Mahkamah Majistret Sungai Siput.

“Berdasarkan bedah siasat, kematian tahanan berkenaan disebabkan ‘neck compression due to hanging’ dan tiada kecederaan lain ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.


Menurut Hasnan semasa kejadian, mangsa yang ditahan pada 2 Mei lalu kerana kesalahan dadah, berada berseorangan di dalam lokap.

Tambahnya si mati direman mulai Selasa sehingga 16 Mei ini dan turut mempunyai empat rekod kesalahan lampau melibatkan dadah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MATI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori