Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Google News Dihadkan...

MOSCOW - Pihak penguat kuasa peraturan media Rusia telah mengehadkan akses Google News...

Rasa Pedih Perut Semasa...

BERPUASA adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada...

Siti Bainun Disyaki Aniaya...

KUALA LUMPUR : Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini,...

Tunai Tanggungjawab, Wany Tak...

MEMANG tidak dapat dinafikan bagi mereka yang baru kali pertama mengundi pastinya perasaan...

Tahan Selama 14 Tahun, Kini ‘Serah Kalah’

SELAMA 14 tahun bertahan, kini rumah ‘paku’ di tengah Lebuh Raya Hu Ting Bei di Jiulting di daerah Songjiang, Shanghai, China akhirnya ‘tewas’ sejak awal pagi kelmarin.

Selepas 13 tahun berunding, akhirnya pemilik rumah berkenaan, Xu bersetuju untuk menjual rumah mereka yang berada di tengah-tengah lebuh raya sejak 2004 lalu.

Xu, 87, dan lapan lagi ahli keluarga yang lain terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kediaman mereka itu pada 15 September lalu.

Keluarga itu bersetuju untuk berpindah setelah pemaju kawasan berkenaan berjanji untuk memberi empat buah rumah flat baru dan wang tunai bernilai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) kepada mereka.

Pihak pemaju mengambil masa dalam 90 minit bagi proses meroboh dan juga pembersihan tapak kediaman keluarga itu bermula awal pagi kelmarin.

Difahamkan, Xu telah menerima notis daripada kerajaan tempatan untuk merobohkan rumah berkenaan sejak 2003 bagi pembinaan lebuh raya yang baru.

Namun, keluarga tersebut enggan berpindah kerana berasa tidak puas hati dengan pampasan yang ditawarkan.

Untuk rekod, rumah seperti ini dikenali sebagai ‘rumah paku’ di China berikutan ia merupakan satu-satunya bangunan usang di tengah-tengah pembangunan yang pesat membangun.


Semua kediaman sekitar ‘rumah paku’ tersebut telah dirobohkan bagi tujuan pembinaan lebuh raya empat laluan.

Namun, hanya rumah milik Xu sahaja yang masih kukuh berdiri di tengah Lebuhraya Hu Ting Bei sehingga kini.

Keadaan tersebut telah menyebabkan jalan di lebuh raya berkenaan terpaksa dikecilkan menjadi dua laluan.

Selain itu, jalan yang melingkari rumah berkenaan juga adalah antara faktor kepada kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo akui tinggal di rumah yang terletak di tengah-tengah lebuh raya sebenarnya bukan mudah sebenarnya.

Oleh itu, mereka merasa tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu.

“Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori