Tablet Premium Samsung Galaxy Tab S3 Terbaru

BUAT anda yang ingin menonton laman strim dengan cara yang ‘awesome’, anda mungkin boleh mendapatkan tablet Samsung Galaxy Tab S3 baru.

Galaxy Tab S3 didatangkan bersama S Pen, menjadikan pengguna lebih produkif disamping dikuasi bateri sehingga 6000mah dan keupayaan cas pantas.

Bersaiz 9.7 inci, ia dilengkapi dengan paparan Super AMOLED setinggi 2k, cip Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM, dan storan 32GB.

Tablet premium ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi sokongan rangkaian 4G LTE dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

Pengguna turut boleh melakukan input menggunakan papan kekunci fizikal, namun, aksesori berkenaan perlu dibeli secara berasingan.

Samsung Galaxy Tab S3 telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia oleh beberapa penjual tempatan dengan harga anggaran sekitar RM2,999. – MYNEWSHUB.CC

Loading...