Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pengajaran Buat Restoran...

KAMI amat tertarik dengan sebuah video yang mendapat viewers melebihi 6 Juta di saluran...

Filem Lucah Dirakam Di...

SEPASANG pelakon lucah dipercayai melakukan aksi seks di atas gunung yang menjadi tumpuan...

Tiada Bukti Salah Laku...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tiada bukti yang...

‘Gantung Sampai Mati Belum...

SEREMBAN – Sehingga kini terdapat 3,276 banduan masih menunggu hukuman gantung sampai mati,...

Syukur… Pondan Muktamad Tiada Tempat Di Malaysia

RAMAI umat Islam di Malaysia pada Khamis khabarnya menarik ‘nafas lega’ apabila mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengisytiharkan menjadi pondan adalah salah di sisi undang-undang.

Meskipun keputusan itu merujuk kepada satu kes kontroversi di Negeri Sembilan, namun impaknya amat besar kerana ia sekali gus menjadi petunjuk rujukan perundangan sahih kepada negeri-negeri lain pula selepas ini.

Hakikatnya ia membuktikan Malaysia secara tersirat tidak mengiktiraf amalan pondan atau kini dijenamakan semula oleh aktivitis pergerakan LGBT antarabangsa sebagai transgender bagi mengaburi mata masyarakat.

Ramai sedar pengaruh kumpulan tersebut amat dahsyat sehingga mereka pernah ‘mengheret’ kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu kononnya mencabuli hak asasi manusia terhadap kelompok seks songsang ini.

Penglibatan mereka cukup ketara sehingga menyaksikan bendera ‘pelangi’ simbol LGBT megah berkibar ketika perhimpunan haram Bersih 4.0 akhir Ogos lalu yang disokong pembangkang dan seorang negarawan ternama.

Bagi penyokong amalan terkutuk zaman Nabi Luth ini, manusia adalah bebas mutlak dan perlu dilayan sama rata waima seks sejenis tanpa ambil iktibar kemunculan penyakit AIDS akhir 1970-an berpunca gaya hidup LGBT.

Baca: Bendera LGBT ‘Megah’ Berkibar Di Bersih 4.0

LGBT

Untuk memahami bagaimana sistem perundangan Malaysia menghakimi perbuatan ini, kisahnya bermula dengan tiga pondan tidak berpuas hati apabila ditahan kerana berpakaian wanita dan membawa kes itu ke mahkamah.

Apa yang cukup mengejutkan banyak pihak apabila hakim Mahkamah Rayuan waktu itu mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Namun kontroversi berakhir pada 8 Oktober selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan ia adalah sah di sisi undang-undang dan boleh terus dikuatkuasakan terhadap kaum lelaki yang memakai pakaian perempuan.

Undang-undang itu juga terpakai ke atas lelaki berlagak seperti wanita di tempat awam. Pengumuman bersejarah tersebut kebetulan kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut Maal Hijrah sempena 1 Muharam 1437.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian ketika membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sembilan dan lima pihak lain.

Ia berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga jurumekap pengantin Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; bagi mencabar kesahihan seksyen 66 berkenaan.

Seksyen tersebut disandarkan untuk pihak berkuasa agama Negeri Sembilan bagi melakukan pendakwaan terhadap mereka bertiga di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.

transgender

Baca: Mohamad Lahir Rasa Syukur Atas Keputusan Mahkamah Persekutuan

Hakim Md. Raus ketika membacakan keputusan itu menyatakan, semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pondan tersebut tidak mengikut prosedur kerana ia gagal mematuhi Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.


Pada hemat panel itu, Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan yang serius pada peringkat awal lagi kerana membenarkan permohonan semakan kehakiman ketiga-tiganya untuk mempersoal kesahihan seksyen itu.

Ujar Hakim Md. Raus, permohonan semakan kehakiman tersebut malahan sepatutnya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya.

Panel itu berpendirian, ketiga-tiga ‘mak nyah’ tersebut sepatutnya memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu untuk mencabar kesahan sesyen berkenaan melalui isu-isu perlembagaan.

Jelas Hakim Md. Raus, jika kebenaran diberi, mereka selanjutnya boleh meneruskan tindakan dengan memfailkan petisyen di mahkamah tertinggi negara untuk mendapat perisytiharan berhubung isu yang dibangkitkan.

Justeru, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan tersebut manakala Mahkamah Rayuan turut tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan mereka.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kaum lelaki berpakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Selain Kerajaan Negeri Sembilan, lima pihak lain ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguat kuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Keputusan mengejutkan itu berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga mereka yang dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam sebelum membuat pembedahan pertukaran jantina.

Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol mengemukakan semakan kehakiman dengan mendakwa bahawa Seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap kecelaruan identiti jantina yang mana penyakit itu telah disahkan oleh satu laporan kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur.

image

Dalam prosiding itu, peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili pemohon pertama hingga kelima manakala Datuk Sulaiman Abdullah bagi pihak pemohon keenam. Aston Paiva mewakili ketiga-tiga responden.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan.

“Semoga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu akan menjadi panduan kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, serta sedar betapa pentingnya keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perlu dihormati,” katanya dalam kenyataan.

Mengikut Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, lelaki berlagak seperti perempuan dan memakai pakaian perempuan di tempat awam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-dua sekali.

Pada 7 November 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan transgender itu dan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Seremban pada 11 Oktober 2012, menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang itu yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

https://www.youtube.com/watch?v=ih61Uz8Ptpc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori