Syukur Adib Dapat Pembelaan Sewajarnya – KP Bomba

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap individu bertanggungjawab terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ia susulan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah berpunca daripada perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, keputusan itu memang ditunggu warga JBPM susulan perjuangan mereka bagi membolehkan kematian Muhammad Adib mendapat pembelaan sewajarnya.

β€œKita bersyukur kerana perjuangan bomba bagi mendapatkan pembelaan untuk Muhammad Adib selama ini akhirnya terbukti di mahkamah.

β€œMalah warga bomba turut berharap agar proses seterusnya berhubung kes itu dapat dilaksanakan berteraskan prinsip keadilan agar individu bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, warga bomba menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini prihatin serta menyokong agar inkues mencari punca kematian Muhammad Adib dijalankan dengan baik serta sewajarnya. – myMetro Online

Loading...