Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pindaan Perlembagaan UMNO Diluluskan

KUALA LUMPUR : UMNO hari ini meluluskan usul pindaan perlembagaan parti yang membabitkan...

Britain Sedia Bertempur Dengan...

LONDON – Britain menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Rusia sekiranya Moscow melancarkan serangan...

Hemat Berbelanja Untuk Hadapi...

KUALA LUMPUR - Jika 2017 mencatatkan tempoh sela pembayaran gaji terpanjang sebanyak 42...

Kelantan Isytihar Esok Cuti...

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi seluruh...

Syria Tuduh Pasukan Pakatan Serang Kedudukan Tentera

DAMSYIK – Syria menuduh tentera pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat, melancarkan bedilan peluru berpandu ke arah kedudukan tentera kerajaan di tengah negara itu, lapor agensi berita SANA.

“Tentera pakatan diketuai AS melancarkan peluru berpandu sekitar jam 8.00 malam waktu tempatan petang ini ke arah kedudukan tentera kami di pergunungan Ghorab di selatan Sukhna, menyebabkan kerosakan pada peralatan, lapor SANA memetik kenyataan sumber tentera.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), tentera pakatan di wilayah Al-Tanf membedil lebih 14 peluru berpandu ke arah konvoi tentera Syria ketika ia melepasi padang pasar di timur wilayah Homs.

“Kumpulan itu sesat di tengah padang pasir kira-kira 35 kilometer dari pangkalan Al-Tanf yang diduduki tentera AS dan Britain,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

AS menggunakan pangkalan itu untuk melancarkan serangan terhadap Daesh. Ia juga pernah digunakan untuk melatih pejuang penentang Syria.


Tahun lalu, pertempuran berlaku di wilayah berkenaan antara tentera Syria dan mereka yang disokong pasukan pakatan.

Damsyik menggesa tentera AS meninggalkan kawasan itu yang terletak berhampiran sempadan Iraq dan Jordan. — AFP/BH ONLINE

  • Lagi berita berkaitan:
  • Syria

Kategori