Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barang Baru Akan Masuk...

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak...

Kuching, Samarahan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching dan Samarahan, Sarawak mencatatkan...

Video: Netizen Puji Sikap...

KEMENANGAN pelumba muda Malaysia, Khairul Idham Pawi dalam perlumbaan MotoGP bukan sahaja mengharumkan...

Remuk Hati Si Ayah...

BEIJING – Bayangkan bagaimana remuknya hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya yang...

Syeikh Al-Azhar Mesir Puji Demokrasi Malaysia

SEPANG – Syeikh Universiti Al-Azhar Mesir, Prof Dr Ahmed Muhammad al-Tayyib memuji proses peralihan kuasa Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke-14 lepas yang berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang huru-hara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kekaguman Imam Besar Al-Azhar itu terhadap proses demokrasi Malaysia disampaikan kepadanya dalam satu pertemuan di universiti tersebut sempena lawatan kerjanya ke Mesir.

“Beliau amat kagum dengan proses peralihan kuasa itu kerana mungkin di negara mereka dan di negara-negara Arab lain agak sukar untuk berlaku transaksi demokrasi yang lancar,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mujahid berkata dalam kunjungan itu beliau turut menyampaikan surat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Prof Ahmed untuk menjemputnya ke Malaysia.

“Beliau merasakan Malaysia sebuah negara Islam yang progresif dan dihormati dan beliau teruja untuk hadir ke Malaysia khususnya dengan kerajaan baharu yang ada hari ini,” katanya.

Mujahid berkata kunjungan hormatnya ke atas Syeikh Al-Azhar itu kelmarin, adalah yang pertama membabitkan menteri kabinet Malaysia, bertujuan mengeratkan hubungan kerajaan dengan universiti tersebut.

Beliau yang juga alumni Universiti Al-Azhar berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia menuntut di universiti itu dalam pelbagai bidang, antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.


Mujahid berkata beliau turut bertemu dengan sebahagian daripada pelajar tersebut bagi menerangkan dasar-dasar baharu kerajaan, selain mengadakan dialog bagi mendengar masalah mereka untuk disampaikan kepada Prof Ahmed.

“Antara masalah mereka termasuk beberapa syarat baharu yang dikenakan pihak universiti serta sistem baharu yang memberi kesan kepada kemasukan pelajar. Semuanya dapat kita suarakan dan Syeikh Al-Azhar memberi ruang cukup luas untuk menyelesaikan apa-apa masalah,” katanya.

Mujahid berkata Prof Ahmed turut memuji pelajar Malaysia di universiti tersebut yang kebanyakannya menunjukkan kesungguhan terhadap pelajaran dan akhlak yang baik. – BERNAMA

Kategori