Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Dibakar Selepas Gagal...

INDIA – Gara-gara enggan membayar rasuah bagi membebaskan suaminya yang ditangkap kerana disyaki...

Bidang Tugas JPAM Diperluaskan...

KANGAR - Peranan dan tanggungjawab Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperluaskan sebagai...

5 Pegawai Perisik Maut...

KABUL - Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan...

DCA Siasat Serpihan Logam...

BESUT - Dua pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan seorang wakil Malaysia Airlines...

Syed Saddiq Tolong Hormat Mahkamah – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kajang digesa mengeluarkan waran tangkap terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa gagal hadir pada prosiding mahkamah di antara beliau dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Fariz Abdul Hadi menegaskan, tindakan itu jelas membuktikan Menteri Belia dan Sukan itu tidak menghormati mahkamah dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

“Tangkap Syed Saddiq! Lari dari hadir ke mahkamah atas kes rekaan beliau sendiri.

“Bukti YB Menteri ini tidak menghormati mahkamah! Di mana kedaulatan undang-undang yang mereka laungkan!

“Inilah kualiti pemimpin Pakatan Harapan (PH). Buat sahabat saya Azri teruskan perjuangan. Lawan tetap lawan!” katanya ketika menciap di Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq membuat laporan mendakwa dicekak dalam satu insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada jam 10.45 pagi, 16 Februari lalu.

Susulan kejadian itu, Wan Muhammad Azri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, 28 Februari lalu, atas dua tuduhan mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Syed Saddiq.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa mengaibkan kehormatan, Syed Saddiq, dengan menyebut perkataan, “Ko Bodoh” di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, Kajang, pada jam 11.05 pagi, 16 Februari lalu.

Perbicaraan kes mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan bagaimanapun ditangguhkan ke Rabu ini susulan ketidakhadiran Syed Saddiq dalam prosiding itu, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Azri menerusi peguamnya, Logen dan Nik Saiful Adli Burhan memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Syed Saddiq setelah gagal hadir ke mahkamah berkenaan, hari ini.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu, sapina telah dikeluarkan pada 6 September lalu, iaitu hampir dua bulan sebelum tarikh perbicaraan hari ini yang sepatutnya dihadiri oleh menteri terbabit.

“Untuk makluman YB Menteri merupakan pengadu dalam kes ini, kini sedang berada di London,” katanya dalam posting terkini di Facebook miliknya, hari ini. – MalaysiaGazette

Kategori