Syed Saddiq Disaran Mengaku Salah

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memberi amaran kepada pihak media terus mengundang kritikan ramai pihak.

Terbaru tindakan beliau itu turut dibidas pemimpin Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin.

Zainur Rashid dalam satu kenyataan di Facebook menyarankan Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar supaya memohon maaf dan mengaku salah sendiri.

“Anda sebenarnya yang masih mentah dan sedang mencari rentak sebagai seorang menteri. Ya udah lah ya, usah malukan imej kabinet menteri lagi,” katanya hari ini.

Sabtu lalu, Syed Saddiq memuat baik gambarnya tidak berbaju di dalam tab mandi dalam laman sosial selepas menyertai program bersempena Hari Sukan Negara.

Perbuatan beliau itu menerima kecaman dalam kalangan netizen dan pihak media turut melaporkan tentang kontroversi itu sebelum Syed Saddiq bertindak memadamkan gambar tersebut.

Beliau kemudian memberi amaran kepada pengamal media agar berwaspada ketika melaporkan berita beliau tidak berbaju di dalam tab mandi yang dimuat naik ke media sosial. – MYNEWSHUB.TV

Loading...